Hari ini saya kongsikan cara bagaimana menukarkan bateri pada alat kawalan jauh untuk kereta berjenama ISUZU.
![]() |
Alat kawalan jauh kereta ISUZU |
Pemilik memberitahu saya bahawa kebelakangan ini dia sering mendapat mesej 'low batt' pada kereta ketika membuat imbasan sebelum menghidupkan kereta.
![]() |
Tekan butang belakang untuk keluarkan kunci... |
Cara-cara membuka alat kawalan jauh ini adalah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
![]() |
Setelah dibuka... |
Anda juga boleh tonton klip video di penghujung artikel ini untuk cara-cara membuka serta menukarkan baterinya.
![]() |
Bateri lama - 2.896vdc |
Setelah bateri lama dibuka dan diperiksa menggunakan multimeter, bacaan arus elektrik serta voltan adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan di atas iaitu 2.896v, 0.137A.
![]() |
0.137A sahaja (bateri lama) |
Bateri yang elok seharusnya mempunyai bacaan 3vdc dan arus elektrik untuk bateri baharu ialah kira-kira 0.5A.
![]() |
Bateri baru - 3.131vdc |
Bateri yang digunakan adalah bateri jenis lithium dengan nombor rujukan CR2032. Masalah 'low batt' selesai setelah dengan hanya menukarkan baterinya sahaja.
![]() |
Tukar bateri baharu... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.