Sunday 31 March 2024

Stoking kalimah allah

Baru-baru ini negara kita dihangatkan oleh isu stoking dengan label perkataan allah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Stoking kalimah allah...

Kisahnya bermula setelah seorang mualaf yang bergelar ustaz telah memuat naik gambar stoking kontroversi tersebut di media sosialnya pada 13 Mac 2024.

Sebagai ustaz dia sepatutnya lebih arif menangani isu sensitif sebegini namun dia merupakan antara yang terawal memviralkannya sehingga menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap rangkaian kedai serbaneka berkenaan.

Isu seperti ini diketegori 3R (Royal, Race, Religion) dan sangat sensitif di negara kita sebab melibatkan agama rasmi negara.

PDRM melaporkan sebanyak 14 pasang stoking telah dirampas untuk tujuan siasatan dan dikhabarkan cuma 5 pasang sahaja daripada kira-kira 18 ribu pasang mengandungi kalimah allah.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kedai tersebut mempunyai banyak cawangan di seluruh negara dan cuma satu cawangan sahaja mempunyai 5 pasang stoking yang kontroversi ditemui.

Banyak teori konspirasi berlegar di media sosial dan mungkin ada benarnya namun itu tugas pihak berkuasa untuk siasat setelah laporan polis dibuat. 

Kilang yang membekalkan stoking tersebut telah memberi jaminan tidak lagi mengeksport stoking kalimah allah ke negara kita dan boleh dibaca di sini.

Persoalan saya dari insiden ini ialah, pengilang stoking di China telah hentikan eksport ke negara kita dan ini bermaksud stoking dengan kalimah allah memang ada di pasaran mereka atau mungkin telah dieksport ke seluruh pelusuk dunia.

Kenapa negara kita sahaja yang menjadi isu sedangkan ianya mungkin telah dijual di seluruh dunia? Adakah fahaman islam di negara kita berbeza dengan negara lain termasuk negara asal usul di timur tengah?

Setelah berfikir sejenak, saya berpendapat isu ini teramat sensitif di negara kita berikutan negara kita menterjemahkan perkataan allah itu sebagai nama tuhan agama islam.

Allah dalam bahasa arab bermaksud tuhan (god) namun di negara kita ianya adalah kata nama khas untuk tuhan agama islam dan suatu ketika dahulu ianya tidak dibenarkan penggunaannya oleh agama lain.

Google translate

Kira-kira 45 tahun yang lalu, saya memulakan pendidikan di sekolah mubaligh dan sering menghadiri kelas agama serta upacara sembahyang di gereja pada hujung minggu. Perkataan allah sememangnya digunakan di gereja ketika itu dan kekal digunakan sehingga hari ini.

Berikutan isu stoking kalimah allah kali ini, ada yang telah disabitkan kesalahan menghina agama islam gara-gara mengulas dengan memberi pandangan pribadi masing-masing di laman media sosial dan boleh dibaca di sini.

Dikhabarkan pengasas kedai serbaneka tersebut telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal/pengedar dan anda boleh rujuk di sini.

Siasatan polis juga telah selesai dan pemilik rangkaian serbaneka berkenaan telah dituduh di mahkamah dan anda boleh rujuk di sini.


Sebenarnya ada kes yang serupa terjadi pada tahun 2019 melibatkan kedai MrDIY seperti boleh ditonton pada klip video di atas namun tiada pula sehingga boikot memboikot dijaja serta dituduh di mahkamah, Kenapa?

Rasanya isu ini juga akan senyap tidak lama lagi dan yang pasti ramai yang menangguk di air yang keruh untuk kepentingan pribadi masing-masing mahupun politik.

Masih ingat lagi isu arak jenama Timah suatu ketika dahulu yang juga tidak kurang hangatnya sehingga pernah diminta untuk menukar jenama. Ada tukar jenama tak? Ini adalah kerja orang politik yang kononnya memperjuangkan agama islam untuk kepentingan masing-masing. Dalam masa yang sama boleh pula kata undang-undang islam hanya untuk orang islam tapi tutup kedai loteri 4D/Toto bila berkuasa. Mungkinkah pemilik lesen loteri itu orang islam?

Satu lagi yang terlintas di fikiran saya ialah seandainya stoking kalimah allah ini berada di Sarawak, mungkin tiada yang sedar, apa lagi cuma 5 pasang sahaja dari berpuluh ribu pasang. Jadi teori konspirasi mengatakan ianya kerja tangan ghaib juga ada benarnya.

Isu ini belum reda lagi namun semalam timbul pula satu isu baru yang bermula dari kenyataan menteri pendidikan mengharamkan penggunaan perkataan kafir dirumahnya. Saya tidak pasti ia ada kaitan dengan isu 3R atau tidak namun yang pasti melibatkan perbezaan pendapat dikalangan agama mereka sendiri.

Sesungguhnya islamophobia itu nyata dan semakin menebal dari sehari ke sehari dek kerana tindak tanduk mereka sendiri.

Renung-renungkan...

Thursday 28 March 2024

NT-468SW 8 inch 3 voice coil subwoofer repair

Awal tahun ini saya telah dirujuk sebuah subwoofer berjenama NT POWER, model NT-468SW dan cuma dimaklumkan ianya bisu.

NT POWER subwoofer

Sebelum ini saya pernah dirujuk subwoofer serupa namun jenama berbeza dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Model: NT-468SW

Sewaktu saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan namun senyap seribu bahasa atau sunyi sepi.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, benda pertama yang menarik perhatian saya ialah speakernya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Ini adalah kali pertama saya jumpa speaker dengan '3 voice coil'.

3 voice coil speaker...

Pemeriksaan awal pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak dengan menggunakan multimeter.

Bekalan ke pin 'mute' IC TDA7851...

Seterusnya saya putuskan bekalan ke pin MUTE dengan menanggalkan perintang R52 dan ianya juga tetap gagal menghasilkan sebarang output ke speaker.

Keluarkan IC TDA7851 yang rosak...

Memandangkan tiada komponen yang rosak ditemui, saya syak 'audio IC' rosak. Audio IC yang digunakan ialah TDA7851. 

Saya yakin IC tersebut rosak sebab ianya tidak panas sewaktu mengujinya selepas dibekalkan arus elektrik.

TDA7851

Masalah bisu pada subwoofer ini selesai setelah dengan hanya menggantikan IC TDA7851 sahaja.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam setelah menggantikan 'audio IC' dan untuk pengetahuan semua, bunyi bass terhasil adalah jauh lebih bertenaga berbanding subwoofer serupa dirujuk sebelum ini.

Selamat berDIY...

Monday 25 March 2024

Auto Renew Fixed Deposit

Tahukah anda apa yang akan berlaku jika anda terlupa memperbaharui simpanan tetap (fixed deposit) di bank?

Gambar di atas adalah gambar tangkap layar simpanan tetap yang telah matang  pada 16/02/2023.

Tempoh simpanan tetap tersebut ialah 6 bulan dengan kadar faedah tahunan 3.85%.

Auto renew at 2.80% p.a. only...

Apa yang berlaku jika anda terlupa memperbaharuinya pada tarikh matang ialah sistem bank akan memperbaharuinya secara automatik (auto renewal) kepada tempoh yang sama dengan kadar semasa seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Special rate at 3.80%. p.a.

Walaupun pihak bank ada memberi kadar promosi pada 3.80% p.a. seperti boleh dilihat pada gambar di atas namun kadar setelah 'auto renewal' hanya pada kadar 2.80% p.a. sahaja.

Renung-renungkan...

Friday 22 March 2024

Astro decoder DS830NA - no power (PART 2)

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk dekoder astro model DS830NA dengan masalah sejagat iaitu gagal dihidupkan.

Tiada bacaan 1.8v pada inductor...

Pemeriksaan awal pada papan litar mendapati voltan 1.8v tiada seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bekalan 1.8v dari Q2902

Voltan 1.8v dibekalkan dari sebiji komponen yang dilabel Q2902 dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Tiada info dari nombor rujukan...

Gambar di atas adalah komponen Q2902 yang telah saya keluarkan dari papan litar namun saya menghadapi masalah mengenalpastinya.

Q295C = Q2902 tapi nombor rujukan berlainan...

Komponen yang digunakan pada Q2902 adalah sama dengan Q295C dan setelah merujuk kepada dekoder lain, saya dapati nombor rujukan berbeza digunakan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Jumpa sebiji dengan nombor rujukan D5KV...

Berpandukan nombor rujukan D5KV di atas, komponen tersebut ialah P-channel MOSFET dengan nombor rujukan AO6405.

P-channel MOSFET

Sebagai percubaan, saya telah gantikan Q2902 dengan komponen yang diambil dari dekoder lain yang gagal dibaiki.

Gantikan MOSFET...

Gambar di bawah menunjukkan bacaan 1.8v telah berjaya terhasil setelah Q2903 ditukar dan dekoder ini kembali berfungsi semula.

Tugas mengenalpasti komponen jenis SMD kini semakin mencabar berikutan tiada maklumat diperolehi daripada labelnya yang semakin ringkas sebab ruangan yang terhad.

Testing...

Selamat berDIY...

Tuesday 19 March 2024

Kemaskini PADU

Saya telah mendaftar di sistem PADU sejak mula dibuka kepada umum pada 02/01/2024 dan sebarang kemaskini tidak dibenarkan setelah menghantar perakuan.

Sekiranya anda perlu mengemaskini semula berikutan sebab-sebab tertentu, anda perlu menghubungi mereka untuk tujuan tersebut.

Anda boleh menghubungi mereka di talian 1-800-88-7721 atau membuat aduan di laman sesawang PADU dan langkah-langkahnya telah saya labelkan pada gambar di atas dan di bawah:-

  1. Log masuk sistem PADU
  2. Klik bahagian kiri (no. 2 pada gambar di atas)
  3. Klik aduan baru dan isi borang

Setelah aduan dihantar, anda akan dimaklumkan melalui e-mail seperti gambar tangkap layar di bawah. Kemaskini mana-mana yang perlu & hantar perakuan semula.

Saya membuat aduan di atas berikutan ingin menukar nombor akaun bank yang baru.

Tarikh akhir pendaftaran serta kemaskini di sistem PADU ialah pada hujung bulan ini (31/03/2024).

Saturday 16 March 2024

LG Sigma elevator drive board DPP-210 PCB repair

Hujung bulan Januari tahun ini saya dirujuk sebuah papan litar (PCB) untuk kegunaan lif yang dilabel DPP-210 diisyaki rosak dan meminta untuk diperiksa serta dibaiki.

DPP-210 LG Sigma elevator drive board...

Menurut technician lif, mereka suspek PCB tersebut rosak setelah troubleshooting telah dijalankan dan masalahnya ialah lif tidak berfungsi langsung.

Komponen ditemui rosak...

Tiada komponen didapati rosak sewaktu diperiksa dengan mata kasar. Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati 3 komponen yang dilabelkan pada gambar di atas rosak:-

  1. D16 - V11M
  2. ZD22 - 757A
  3. ZD24 - 971B
Keluarkan komponen yang rosak...

Banyak info boleh didapati pada label PCB termasuk komponen yang digunakan:-

  1. D16 = VM11 - rectifier diode 0.4A, 1,300v
  2. ZD22 = 757A - Zener diode 9.1V
  3. ZD24 = 971B - Zener diode 27v, 1w
Gantikan komponen baru...

Setelah komponen rosak saya keluarkan dari PCB, nombor rujukan tertera pada komponen ialah:-

  1. D16 - UF4007
  2. ZD22 - 239B (9.1v)
  3. ZD24 - 1N4751A (30v, 1W)
Siap...

Gambar di bawah adalah komponen rosak yang telah saya gantikan dan PCB telah dikembalikan kepada technician untuk diuji.

Komponen rosak...

Saya diberitahu lif boleh berfungsi semula namun masalah lain pula muncul iaitu sistem akan 'tripped' setelah lif bergerak pada fasa kelajuan tinggi.

TCD 34

Kod sewaktu PCB di atas belum dibaiki ialah TCD 34 dan setelah dibaiki kod TCD 35 pula muncul. Gambar tangkap layar di atas dan di bawah diberikan kepada saya oleh technician.

TCD 35

Kemampuan saya terbatas berikutan saya bukan technician lif dan ianya melibatkan keseluruhan sistem. Saya cuma dirujuk sebahagian kecil dalam sistem dan itu sahaja terbaik yang saya boleh lakukan.

Cara troubleshooting TCD 35

Baru-baru ini saya diberitahu lif tersebut telah berjaya dibaiki dan PCB yang saya baiki di atas boleh digunakan. Masalah kod TCD 35 adalah disebabkan kerosakkan bahagian lain pada lif.

Jarang kerosakkan sebegini dirujuk kepada saya untuk dibaiki sebab kerja technician lif ialah mengenalpasti kerosakkan dan melaporkan kepada pengilang. Pengilang akan menghantar alat ganti yang baru untuk diganti namun kes ini adalah terpencil sebab mereka perlukannya dengan kadar segera.

Kesimpulannya ialah PCB di atas telah berjaya diselamatkan dengan menggantikan 3 komponen sahaja. Pada awalnya mereka masih mengesyaki masalah masih disitu sebab tidak yakin dengan kemampuan kita namun setelah diganti dengan PCB baru dari kilang, masalah tetap sama.

Itu sahaja yang terbaik kami sebagai tukang baiki boleh lakukan namun sering dipersalahkan jika masalah mereka gagal diselesaikan.

Cobaan...

Wednesday 13 March 2024

MIUI to Xiaomi HyperOS

Pada 06/03/2024 lalu saya telah menerima notifikasi meminta untuk mengemaskini aplikasi telefon pintar berjenama Xiaomi.

MIUI (before update)

Kemaskini kali ini menyaksikan versi MIUI (MI User Interface) akan bertukar kepada versi baru yang dinamakan Xiaomi HyperOS seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Update to Xiaomi HyperOS

Saiz fail kemaskini juga agak besar iaitu 1.1GB dan pada masa yang sama 'android security patch' juga dikemaskini sehingga Januari 2024.

What's new?

Gambar tangkap layar di bawah menyaksikan MIUI telah bertukar ke Xiaomi HyperOS setelah kemaskini selesai.

After updating...

Semua kelihatan serupa dan saya tidak menemui sebarang perbezaan ketara berbanding versi MIUI dahulu.

Sunday 10 March 2024

Cara reset dekoder ASTRO GX-AS530SJ (DMT 5 - HD box)

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder versi DMT 5 - HD box dengan masalah lampu indikator berwarna merah berkelip-kelip dan gagal bertukar ke warna hijau.

Model: GX-AS530SJ

Dekoder telah saya buka serta periksa namun tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Alat kawalan jauh untuk dekoder astro...

Percubaan seterusnya ialah saya cuba boot decoder dengan melakukan software update. Caranya ialah:-

  1. Putuskan bekalan elektrik ke decoder
  2. Bekalkan semula bekalan elektrik dan tunggu sehingga lampu merah mula berkelip
  3. Tekan butang 'power' pada alat kawalan jauh tanpa dilepaskan sehingga skrin di bawah terpapar pada skrin tv
  4. Pilih nombor 2 dan tekan ok
  5. Tunggu sehingga proses 'software update' selesai
Pilih nombor 2 & tekan ok

Klip video di bawah menunjukkan proses 'software update' telah selesai dan dekoder akan 'reboot' sendiri.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Thursday 7 March 2024

Cukai perkhidmatan SST 8% mulai 01/03/2024

Negara kita telah memperkenalkan cukai GST (goods & services tax) pada kadar 6% sewaktu PM Najib Razak mulai 01/04/2015 namun dimansuhkan setelah kerajaan BN (barisan nasional) diganti oleh kerajaan PH (pakatan harapan) pada tahun 2018.

Negara kita kembali kepada sistem percukaian SST (sales & services tax) semula mulai 01/09/2018 juga pada kadar 6%.

Sewaktu pandemik CoVid-19 melanda dunia pada tahun 2020, banyak sektor perniagaan telah dikecualikan cukai perkhidmatan.

Pandemik CoVid-19 masuk peralihan fasa ke endemik mulai 02/04/2022 dan sektor perniagaan kembali rancak secara berperingkat setelah sempadan negara dibuka semula.

Awal tahun ini kerajaan telah mengenakan cukai jualan sebanyak 10% untuk pembelian dalam talian barangan dari luar negara yang menyaksikan kenaikkan harga barang import sebanyak 10% dan telah saya kongsikan di sini.

Mulai 01/03/2024, kerajaan kita telah mengumumkan kenaikkan cukai SST dari 6% kepada 8% selain mengenakan semula cukai kepada sektor yang dahulunya dikecualikan sewaktu pandemik CoVid-19.

Dulu RM8, kini RM8.48...

Kerajaan juga mengenakan semula cukai perkhidmatan sebanyak 6% kepada kos penghantaran untuk pembelian dalam talian yang menyaksikan kos penghantaran kini naik sebanyak 6% seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Kos penghantaran dari China ke Sarawak - RM8.48

Gambar tangkap layar di atas dan di bawah saya ambil dari aplikasi shopee dan anda boleh bandingkan sendiri kenapa dari dulu lagi saya kata barangan dalam negara jauh lebih mahal berbanding import termasuk kos penghantaran.

Kos penghantaran dari Malaya ke Sarawak - RM10.60

Kenapa perlu berbelanja lebih untuk dapatkan barangan yang sama?

Seringkali kerajaan memberi alasan kenaikkan cukai tidak memberi kesan kepada rakyat. Adakah ini benar? Anda ada jawapanya dari gambar tangkap layar di atas. Siapa yang bayar tambahan peratusan kenaikkan SST tersebut? Tepuk dada tanya diri sendiri...

Monday 4 March 2024

nex PARABOLA decoder repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah dekoder parabola seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dengan masalah indikator gagal menyala setelah dibekalkan arus elektrik.

Dekoder nex PARABOLA...

Dekoder ini hampir menyerupai dekoder myTV namun saiznya sedikit lebih besar sebab dilengkapi PSU (power supply unit).

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji kapasitor kembung pada PSU seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Sebiji kapasitor kembung...

Nilai kapasitor tersebut ialah 1000uf, 16v dan terletak pada bahagian output PSU

Gantikan kapasitor 1000uf, 16v baru...

Masalah selesai dengan menggantikan kapasitor yang kembung sahaja dan ianya kembali berfungsi semula

Tested - ok

Selamat berDIY...