Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder versi DMT 5 - HD box dengan masalah lampu indikator berwarna merah berkelip-kelip dan gagal bertukar ke warna hijau.
Model: GX-AS530SJ |
Dekoder telah saya buka serta periksa namun tidak menemui sebarang komponen yang rosak.
Alat kawalan jauh untuk dekoder astro... |
Percubaan seterusnya ialah saya cuba boot decoder dengan melakukan software update. Caranya ialah:-
- Putuskan bekalan elektrik ke decoder
- Bekalkan semula bekalan elektrik dan tunggu sehingga lampu merah mula berkelip
- Tekan butang 'power' pada alat kawalan jauh tanpa dilepaskan sehingga skrin di bawah terpapar pada skrin tv
- Pilih nombor 2 dan tekan ok
- Tunggu sehingga proses 'software update' selesai
Pilih nombor 2 & tekan ok |
Klip video di bawah menunjukkan proses 'software update' telah selesai dan dekoder akan 'reboot' sendiri.
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.