Saturday 16 March 2024

LG Sigma elevator drive board DPP-210 PCB repair

Hujung bulan Januari tahun ini saya dirujuk sebuah papan litar (PCB) untuk kegunaan lif yang dilabel DPP-210 diisyaki rosak dan meminta untuk diperiksa serta dibaiki.

DPP-210 LG Sigma elevator drive board...

Menurut technician lif, mereka suspek PCB tersebut rosak setelah troubleshooting telah dijalankan dan masalahnya ialah lif tidak berfungsi langsung.

Komponen ditemui rosak...

Tiada komponen didapati rosak sewaktu diperiksa dengan mata kasar. Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati 3 komponen yang dilabelkan pada gambar di atas rosak:-

  1. D16 - V11M
  2. ZD22 - 757A
  3. ZD24 - 971B
Keluarkan komponen yang rosak...

Banyak info boleh didapati pada label PCB termasuk komponen yang digunakan:-

  1. D16 = VM11 - rectifier diode 0.4A, 1,300v
  2. ZD22 = 757A - Zener diode 9.1V
  3. ZD24 = 971B - Zener diode 27v, 1w
Gantikan komponen baru...

Setelah komponen rosak saya keluarkan dari PCB, nombor rujukan tertera pada komponen ialah:-

  1. D16 - UF4007
  2. ZD22 - 239B (9.1v)
  3. ZD24 - 1N4751A (30v, 1W)
Siap...

Gambar di bawah adalah komponen rosak yang telah saya gantikan dan PCB telah dikembalikan kepada technician untuk diuji.

Komponen rosak...

Saya diberitahu lif boleh berfungsi semula namun masalah lain pula muncul iaitu sistem akan 'tripped' setelah lif bergerak pada fasa kelajuan tinggi.

TCD 34

Kod sewaktu PCB di atas belum dibaiki ialah TCD 34 dan setelah dibaiki kod TCD 35 pula muncul. Gambar tangkap layar di atas dan di bawah diberikan kepada saya oleh technician.

TCD 35

Kemampuan saya terbatas berikutan saya bukan technician lif dan ianya melibatkan keseluruhan sistem. Saya cuma dirujuk sebahagian kecil dalam sistem dan itu sahaja terbaik yang saya boleh lakukan.

Cara troubleshooting TCD 35

Baru-baru ini saya diberitahu lif tersebut telah berjaya dibaiki dan PCB yang saya baiki di atas boleh digunakan. Masalah kod TCD 35 adalah disebabkan kerosakkan bahagian lain pada lif.

Jarang kerosakkan sebegini dirujuk kepada saya untuk dibaiki sebab kerja technician lif ialah mengenalpasti kerosakkan dan melaporkan kepada pengilang. Pengilang akan menghantar alat ganti yang baru untuk diganti namun kes ini adalah terpencil sebab mereka perlukannya dengan kadar segera.

Kesimpulannya ialah PCB di atas telah berjaya diselamatkan dengan menggantikan 3 komponen sahaja. Pada awalnya mereka masih mengesyaki masalah masih disitu sebab tidak yakin dengan kemampuan kita namun setelah diganti dengan PCB baru dari kilang, masalah tetap sama.

Itu sahaja yang terbaik kami sebagai tukang baiki boleh lakukan namun sering dipersalahkan jika masalah mereka gagal diselesaikan.

Cobaan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.