Showing posts with label YORK. Show all posts
Showing posts with label YORK. Show all posts

Sunday, 19 December 2021

YORK aircon remote control repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu membaiki alat kawalan jauh untuk kegunaan penghawa dingin berjenama YORK.

YORK aircon remote control...

Masalah alat kawalan jauh ini ketika dirujuk kepada saya ialah gagal berfungsi bila butang ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Saya cuba tekan satu per satu dan hanya butang 'reset' sahaja yang berfungsi setelah ditekan iaitu skrin padam dan kembali kepada paparan jam sahaja.

Setelah penutup belakang dibuka...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya setelah penutupnya dibuka dan ianya bersih tanpa masalah hakisan seperti yang sering berlaku jika ada kebocoran bateri.

Buka lagi...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji perintang yang dilabel R2 tiada seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang R2 hilang...

Saya juga tiada skematik untuk dirujuk dan tidak pasti apa nilai perintang yang digunakan pada R2.

bypass R2...

Memandangkan kesemua perintang yang ada pada papan litar dilabel 0 yang bermaksud 0Ω atau bertindak sebagai 'jumper', saya sambungkan R2 dengan sehelai dawai halus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested - ok

Percaya atau tidak, alat kawalan jauh ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah R2 saya sambungkan dengan wayar.

Jika tekan butang 'lock'...

Pada mulanya saya berpendapat keypad telah dikunci (lock) namun butang 'lock' juga tidak berfungsi ditekan sebelum dibaiki. 

Setelah dibaiki, jika butang 'lock' ditekan, simbol kunci terpapar pada skrin seperti boleh pada gambar di atas dan kesemua butang tidak berfugsi bila ditekan. Cara untuk membebaskan (relese) keypad yang telah dikunci ialah tekan butang 'lock' sekali lagi.


Selamat mencuba...

 

Saturday, 30 November 2019

WMJ01B_MR5 YORK aircon PCB repair

Sebelum ini saya pernah membaiki papan litar seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.

WMJ01B_MR5
WMJ01B_MR5

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Hari ini saya dirujuk papan litar yang sama tetapi masalah yang berbeza iaitu tiada arus elektrik untuk kegunaan kompressor penghawa dingin tersebut.

Bahagian belakang papan litar

Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun saya syak relay telah rosak. Jadi untuk memeriksa relay tersebut kita perlu keluarkannya daripada papan litar dengan hanya membuang pateri pada keempat-empat terminalnya di papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bahagian bawah relay...

Setelah relay tersebut dikeluarkan, cara untuk memeriksanya ialah seperti berikut:-

  1. Sambungkan 12vdc kepada terminal 1 & 2 (bunyi 'klik' akan kedengaran jika solenoid masih elok)
  2. Ukur 'continuity' pada terminal 4 & 5 dengan multimeter.

Jika multimeter tidak menunjukkan 'continuity' bermaksud relay tersebut telah rosak.

Relay telah dikeluarkan...

Pemeriksaan di atas mendapati relay tersebut menghasilkan bunyi 'klik' ketika saya bekalkan 12vdc kepada terminal 1 & 2 namun tiada 'continuity' pada terminal 4 & 5.

Kiri: relay baru, kanan: relay rosak

Ketika membeli relay yang baru, pastikan terminalnya bersesuaian dengan papan litar dan pastikan juga voltannya sama iaitu 12vdc serta kemampuan relay tersebut dalam unit ampere. Relay yang saya perlukan disini ialah 20A, 12vdc.

Siap...

Cara-cara mengenalpasti kerosakkan relay boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Wednesday, 19 June 2019

YORK aircon remote control repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki alat kawalan jauh (remote control) berjenama YORK untuk kegunaan penghawa dinginnya.
Masalah alat kawalan jauh ini ketika dirujuk kepada saya ialah walaupun bateri telah diganti dengan yang baru namun tiada sebarang indikator pada skrin.
Setelah dibuka dan diperiksa, sebiji 'ceramic resonator' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas mengalami litar pintas.
Untuk pengetahuan semua, fungsi 'ceramic resonator' ialah untuk menghasilkan frekuensi tertentu dan jika dilihat pada gambar di atas, frekuensi yang digunakan ialah 4MHz.
Setelah 'ceramic resonator' tersebut ditukar dan diuji, kini alat kawalan jauh tersebut kini masih boleh digunakan.
Testing
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 15 June 2019

WMJ01B_MR5 YORK aircon PCB repair

Hari ini saya telah dirujuk 7 keping PCB untuk penghawa dingin berjenama YORK dengan nombor rujukan WMJ01B_MR5 dan masalahnya ialah kipas tidak berpusing.

WMJ01B_MR5

Pemilik memberitahu saya bahawa dia telah membeli PCB yang baru dan setelah ditukar PCB yang baru, masalah kipas tidak berpusing selesai. Dengan yang demikian masalahnya pasti pada PCB tersebut.

Kapasitor 1.5uF 450V perlu diganti...

Jika kipas tidak berpusing, masalahnya ialah pada kapasitor dan anda boleh melihat kedudukannya pada PCB seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bacaan kapasitor lama cuma 0.171uF sahaja...

Setelah kapasitor tersebut ditukar dan diuji, masalah kipas yang tidak berputar telah selesai. Anda cuma perlu ganti kapasitor tersebut dengan harga beberapa ringgit sahaja. Jika anda menukar PCB yang baru, anda perlu membelanjakan ratusan ringgit.

Kapasitor baru, 1.5uF, 450V

Selamat mencuba...