Saturday 30 November 2019

WMJ01B_MR5 YORK aircon PCB repair

Sebelum ini saya pernah membaiki papan litar seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.

WMJ01B_MR5
WMJ01B_MR5

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Hari ini saya dirujuk papan litar yang sama tetapi masalah yang berbeza iaitu tiada arus elektrik untuk kegunaan kompressor penghawa dingin tersebut.

Bahagian belakang papan litar

Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun saya syak relay telah rosak. Jadi untuk memeriksa relay tersebut kita perlu keluarkannya daripada papan litar dengan hanya membuang pateri pada keempat-empat terminalnya di papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bahagian bawah relay...

Setelah relay tersebut dikeluarkan, cara untuk memeriksanya ialah seperti berikut:-

  1. Sambungkan 12vdc kepada terminal 1 & 2 (bunyi 'klik' akan kedengaran jika solenoid masih elok)
  2. Ukur 'continuity' pada terminal 4 & 5 dengan multimeter.

Jika multimeter tidak menunjukkan 'continuity' bermaksud relay tersebut telah rosak.

Relay telah dikeluarkan...

Pemeriksaan di atas mendapati relay tersebut menghasilkan bunyi 'klik' ketika saya bekalkan 12vdc kepada terminal 1 & 2 namun tiada 'continuity' pada terminal 4 & 5.

Kiri: relay baru, kanan: relay rosak

Ketika membeli relay yang baru, pastikan terminalnya bersesuaian dengan papan litar dan pastikan juga voltannya sama iaitu 12vdc serta kemampuan relay tersebut dalam unit ampere. Relay yang saya perlukan disini ialah 20A, 12vdc.

Siap...

Cara-cara mengenalpasti kerosakkan relay boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.