Lampu kecemasan berjenama ELITE, model: EL8 ini masih menggunakan lampu kalimantang (fluorescent) dan ketika dirujuk kepada saya ianya langsung tidak menyala.
 |
Lampu kecemasan berjenama ELITE |
Pemeriksaan awal mendapati baterinya telah rosak dan setelah saya ganti baterinya serta diuji, ianya masih tidak menyala dengan menggunakan kuasa bateri.
 |
Model: EL8 |
Seterusnya saya memeriksa papan litarnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan mendapati kedua-dua transistor dengan nombor rujukkan D882 didapati rosak.
 |
Transistor D882 rosak |
Setelah kedua-dua transistor tersebut saya ganti dan diuji, lampu fluorescent kini menyala dengan menggunakan kuasa bateri. Apabila arus elektrik dibekalkan kepada lampu kecemasan tersebut, ianya tidak padam dan tidak mengecas baterinya.
 |
D882 |
Gambar di bawah menunjukkan lampu fluorescent telah menyala menggunakan kuasa bateri.
 |
Testing... |
Seterusnya saya periksa semula papan litar tersebut dan mendapati arus elektrik yang dibekalkan tidak sampai kepada transformer. Gambar di bawah menunjukkan litar yang terputus dan telah saya tandakan.
 |
Litar putus... |
Saya sambung kembali litar yang putus tersebut serta menguji semula lampu kecemasan tersebut dan kini ianya kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.
 |
Sambung kembali litar yang putus... |
Lampu kecemasan harus menyala ketika bekalan arus elektrik diputuskan dan padam ketika bekalan elektrik dibekalkan.
 |
Lampu indikator berwarna merah dah menyala... |
Lampu indikator berwarna merah yang ada padanya memberitahu kita bahawa ianya mengecas bateri untuk kegunaan apabila bekalan elektrik terputus.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.