Monday 25 November 2019

METERK E2877 digital multimeter

Multimeter merupakan salah satu peralatan yang harus dimiliki jika anda berkecimpung dalam bidang yang berkaitan dengan elektrik dan elektronik.
METERK E2877
Terdapat bermacam-macam jenis multimeter yang ada di pasaran dan pemilihan yang sesuai amatlah penting untuk kegunaan masing-masing.
Isi kandungan yang ada dalam setiap pembelian...
Secara amnya multimeter terbahagi kepada dua jenis iaitu analog dan digital. Jika anda berada dalam bidang elektronik, anda harus memiliki kedua-dua multimeter analog dan digital.
Siap untuk diguna...
Selama ini banyak multimeter yang telah saya guna dan tidak terkecuali dengan kerosakan disebabkan multimeter yang tidak bermutu atau akibat kecuaian sendiri.
Ukur voltan AC
Hari ini saya kongsikan kepada anda sebuah multimeter digital yang saya beli dan setakat ini paling sesuai dengan kerjaya saya dalam bidang elektronik.
Ukur voltan DC
Ianya saya beli dengan harga RM36.00 sahaja dan saya tidak pasti kenapa begitu murah sedangkan ianya boleh dikatakan semua dalam satu (all in one) untuk kegunaan harian saya.
Ukur rintangan & diod...
Sebelum ini saya memerlukan 3 multimeter iaitu:-
  1. Multimeter analog
  2. Multimeter digital
  3. Capacitance meter (khas untuk mengukur kapasitor)
Ukur nilai kapasitor (capacitance)
Kini dengan multimeter ini saya boleh menjalankan tugas harian hanya dengan satu multimeter sahaja. Biasanya saya guna multimeter analog hanya untuk kepastian sahaja sebab kadang-kadang multimeter digital boleh menipu kita dan anda boleh membaca contoh bagaimana multimeter digital menipu kita di sini .
Ukur frekuensi (Hz)
Salah satu kelebihan utama multimeter ini ialah ianya boleh memilih julat yang diperlukan secara automatik tanpa dilaras. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengukur transformer yang menghasilkan voltan 18v dan jika menggunakan multimeter biasa kita perlu laraskan julat yang sesuai sebelum mengukur dan jika tersalah laras, multimeter tersebut akan rosak.
Ukur suhu (Celcius/Fahrenheit)
Dengan multimeter ini, kita cuma perlu laraskan ke bahagian voltan dan pilih jenis voltan yang ingin diukur iaitu AC atau DC sahaja.
Periksa transistor (NPN/PNP)
Satu lagi kemampuan tambahan multimeter ini yang saya perlukan ialah untuk mengukur nilai kapasitor. Sebelum ini saya perlu guna meter khas yang dinamakan sebagai 'capacitance meter'. Kini saya boleh guna meter yang sama dan cuma laraskan ke bahagian kapasitor untuk mengukur nilai kapacitor AC dan DC.
NCV - non contact voltage
Multimeter ini juga dilengkapi dengan kemampuan mengukur suhu (temperature) dan selain daripada itu ianya juga mampu mengesan pengaliran arus elektrik tanpa sentuhan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Jadi anda tidak perlukan 'test pen' lagi selepas memiliki multimeter ini.
NCV
Peringatan saya kepada pemilik multimeter supaya elakkan menggunakan multimeter untuk mengukur arus elektrik (ampere). Multimeter ini cuma mampu mengukur sehingga 10A. Sebagai contoh jika anda ingin mengukur arus elektrik bateri kereta iaitu lebih daripada 10A, multimeter anda akan rosak serta-merta walaupun dilengkapi dengan fius.
NCV
Tiada masalah jika anda bekerja di tempat yang kurang pencahayaan sebab ia dilengkapi dengan backlight seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Backlight warna putih
Ianya juga dilengkapi dengan lampu LED yang terang dan boleh digunakan sebagai lampu suluh ketika 'blackout' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Lampu LED menyala bila backlight dihidupkan...
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut spesifikasi serta kemampuan multimeter ini, anda boleh membacanya di sini.

Kadang-kadang kita lupa padam multimeter selepas digunakan dan bateri boleh habis jika dibiarkan semalaman. Jika voltan bateri tidak cukup, bacaan juga kurang tepat. Jangan risau dengan multimeter ini sebab ia akan padam sendiri setelah beberapa minit tidak digunakan.
Boleh lekatkan 'test probe' pada belakang - kemas
Multimeter merupakan peralatan yang mudah rosak jika disalah atau tersalah guna. Jadi nasihat saya ialah jangan kongsi multimeter anda dengan orang lain. Tidak perlu buang wang yang banyak untuk membeli multimeter mahal seperti jenama FLUKE dengan harga mencecah ribuan ringgit. Cukup dengan multimeter murah seperti ini, jika rosak boleh beli yang baru semula bila-bila masa. Harga sebuah multimeter berjenama FLUKE boleh digunakan untuk membeli hampir 20 buah multimeter ini.

Jangan tunggu lagi, jika anda masih tercari-cari multimeter semua dalam satu (all in one) saya syorkan anda pilih multimeter ini. Jika anda ada menemui multimeter yang serbaguna dan lebih baik daripada ini, sila bagitau saya dengan meninggalkan komen anda di ruangan komen di bawah.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.