Saturday 9 November 2019

Bintang Megamall parking fee now RM1/hour

Semalam saya terkejut apabila disuruh membayar RM3.00 untuk caj pakir selepas menonton filem Joker dengan tempoh kira-kira 2 jam lebih sedikit (mungkin dalam 2 jam 25 minit).
Jun 2019
Selama ini saya cuma perlu membayar RM1.00 sahaja untuk menonton sebuah filem dan jika tidak silap ingat, kadar caj pakir adalah RM1.00 untuk 3 jam yang pertama.

Bulan lepas (oktober) ketika menonton cerita Terminator, saya sudah perasan caj pakirnya telah naik berdasarkan notis baru iaitu RM1.00 untuk 2 jam yang pertama dan saya dikenakan caj RM2.00 ketika itu.

Namun notis terbaru yang saya nampak semalam ialah RM1.00 sejam dan memandangkan cerita Joker tersebut memakan masa selama 2 jam 2 minit (122 minit), maka caj pakir dikira 3 jam dan perlu bayar RM3.00.

Jika dilihat pada gambar di atas, caj pakir ketika bulan Jun cuma RM1.00 sehari dan kini telah menjadi RM1.00 sejam.

Hanya dengan menukar dari RM1.00/hari ke RM1.00/jam, kadar caj pakir untuk 3 jam naik dari RM1.00 menjadi RM3.00 iaitu kenaikan sebanyak 200%.

Apa sudah jadi? Sebulan naik sekali, entah bulan depan berapa pula caj pakirnya...


No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.