Sunday 17 November 2019

Shopee VS Lazada

Membeli-belah di atas talian kini amat mudah serta murah berbanding dengan membeli-belah di pasaraya. Setakat ini saya cuma melawati dua laman membeli-belah di atas talian iaitu SHOPEE dan LAZADA. Mana satu pilihan anda?
SHOPEE - Dibeli pada 11/11/2019 (11.11 BIG SALE)
Hari ini saya membuat perbandingan harga untuk sebuah multimeter berjenama Meterk, Model 2000 yang dijual pada kedua-dua laman membeli-belah atas talian tersebut.

Gambar di atas menunjukkan harga yang harus saya bayar ketika membeli pada 11.11 BIG SALE yang lepas iaitu RM36.00 sahaja.
 SHOPEE - Jika dibeli pada hari ini...
Jika saya membelinya pada hari ini, saya perlu bayar RM41.80 iaitu perbezaan RM5.80 dan harga jualan juga lebih mahal iaitu RM37.80 berbanding RM36.00 sahaja ketika 11.11 BIG SALE.

Kos penghantaran yang dikenakan oleh SHOPEE ialah RM4.00.
LAZADA - Jika dibeli pada hari ini...
Gambar di atas dan di bawah pula menunjukkan benda yang sama tetapi dijual di laman atas talian LAZADA dan harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan benda yang sama ialah RM50.84 pada hari ini.

Kos penghantaran yang dikenakan oleh LAZADA pula ialah RM6.00 dan untuk pengetahuan semua, alamat penghantaran yang saya gunakan ialah sama.
LAZADA - Jumlah perlu di bayar RM50.84
Tepuk dada, tanya diri sendiri. Bandingkan harga sebelum membuat pembelian....

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.