Friday 15 November 2019

VORTICE ECODRY IPX4 automatic hand dryer repair

Pengering tangan (hand dryer) seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini .
Jenama: VORTICE
Hari ini saya dirujuk benda yang sama tetapi masalah yang berbeza iaitu tidak berfungsi langsung apabila arus elektrik telah dibekalkan.
Pemanas: 2000w, Motor: 65w
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak ialah seperi berikut:-
  1. kapasitor kipas 1uf
  2. thermal fius 84C, 16A
Kapasitor kipas 1uF cuma tinggal 0.1uF sahaja...
Thermal fius tersebut dilabel 84C, 16A bermaksud jika suhu melebihi 84 darjah celcius ianya akan putus dan 16A bermaksud ia boleh mengalirkan arus elektrik sehingga 16A.
Thermal fius (84C, 16A) putus...
Thermal fius tersebut disambung kepada elemen pemanas bertujuan untuk keselamatan dan saya akan dijelaskan di bawah.
Thermal fius baru...
Setelah kedua-dua komponen tersebut saya tukar dan diuji, elemen pemanas kini boleh berfungsi namun kipasnya masih gagal berpusing.
Thermal fius pada motor (125c, 2A) putus...
Memandangkan kapasitor kipas telah saya tukar dengan yang baru namun masih juga tidak berpusing, maka masalah yang tinggal kini ialah motornya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah setelah dibuka.
Thermal fius baru...
Motor ini juga dilengkapi dengan thermal fius 125C, 2A dan pemerksaan saya mendapati ianya putus. Setelah thermal fius tersebut saya ganti dan diuji, kini barulah pengering tangan tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Pasang kembali...
Kesimpulan kerosakan pengering tangan di atas ialah:-
  1. Kapasitor kipas rosak dan kipas berputar perlahan menyebabkan motornya menjadi panas.
  2. Setelah suhu motor meningkat sehingga mencapai suhu thermal fius iaitu 125C, maka thermal fiusnya putus.
  3. Setelah thermal fius pada motor putus, kipas tersebut gagal berfungsi dan mengakibatkan pemanas menghasilkan haba yang terlalu tinggi sehingga memutuskan thermal fius pada pemanas iaitu 84C, 16A.
Tested - ok
Alat pengering tangan ini sangat selamat digunakan disebabkan ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sangat baik dan cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi jika ianya tidak dilengkapi dengan kedua-dua thermal fius tersebut...
Komponen yang rosak

Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.