Hari ini saya mendapat pengalaman baru membaiki transformer elektronik berjenama YETPlus, Model: YET-501 untuk membekalkan 12vac kepada lampu halogen.
 |
Model: YET-501 |
Ketika dirujuk kepada saya, ianya tidak menghasilkan sebarang output dan lampu halogen tidak menyala.
 |
Lampu halogen |
Setelah dibuka dan diperiksa dengan multimeter, hanya sebiji perintang dengan nilai 430k
Ω (kuning, oren, kuning) didapati putus seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
 |
Perintang 430kΩ putus... |
Saya menghadapi masalah bekalan perintang 430k
Ω dan terpaksa menggabungkan dua perintang untuk mendapatkan nilai yang terdekat iaitu gabungan 390kΩ dan 51kΩ.
 |
51kΩ + 390kΩ = 441k Ω |
Gabungan 390k
Ω dan 39kΩ lebih dekat dengan 430kΩ namun bekalan 39kΩ juga tiada. Jika dilihat pada perintang asal tersebut, warna terakhir padanya ialah kelabu iaitu +/-10%. jadi 441kΩ yang saya guna masih dalam lingkungan +/-10% dan boleh serta selamat digunakan.
 |
Perintang baru... |
Setelah perintang tersebut saya ganti dengan yang baru dan diukur dengan multimeter, kini ia cuma menghasilkan 1.2vac sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Testing - 1.2Vac (tanpa lampu) |
Seterusnya saya sambungkan sebiji lampu halogen dan ianya menyala dengan terang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Testing... |
Bacaan voltan yang saya dapat selepas disambung kepada lampu halogen ialah 12.31vac.
 |
Testing - 12.31vac (dengan lampu) |
Maksudnya transformer elektronik tersebut hanya menghasilkan voltan yang diperlukan setelah disambung kepada lampu halogen.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.