Saturday 16 November 2019

Shopee (11.11 Big Sale)

Selama ini saya banyak mendengar macam-macam masalah membeli-belah di atas talian dan saya juga tidak terkecuali melaluinya. Pagi ini saya membuat sedikit perkongsian berkaitan dengan harga barangan ketika promosi.

Umum mengetahui bahawa pada 11/11/2019 pusat membeli-belah atas talian, Shopee ada membuat promosi 11.11 BIG SALE dan saya berkesempatan membeli multimeter untuk kegunaan harian.
Sebelum & Semasa BIG SALE
Gambar di atas menunjukkan dua pembelian benda yang sama tetapi pada tarikh yang berbeza. Satu dibeli pada 08/11/2019 dan telah saya batalkan pembeliannya dan satu lagi dibeli pada 11/11/2019 iaitu ketika promosi 11.11 BIG SALE.
Sebelum BIG SALE (08/11/2019)
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan harga barangan yang perlu dibayar pada dua tarikh yang berbeza. Harga yang perlu di bayar ketika promosi 11.11 BIG SALE ialah RM35.78 berbanding dengan RM37.90 ketika tiada promosi.
Semasa BIG SALE (11/11/2019)
Perbezaannya ialah sebanyak RM2.12 (RM37.9 -RM35.78) ataupun jika dilihat dari segi peratusannya iaitu diskaun sebanyak kira-kira 5.76% berbanding harga barangan.

Sebenarnya tiada perubahan pada harga jualan barangan, cuma dapat pengurangan pada kos penghantaran dan baucer promosi sahaja.
Hahaha...
Katakan pembelian saya di atas bukan dibeli secara atas talian dan tidak memerlukan kos penghantaran, maka diskaun yang saya dapat ialah kira-kira 2.7% iaitu diskaun sebanyak RM1.00 (baucer promosi) sahaja.
RM40.78 jika saya beli hari ini...
Gambar di atas pula menunjukkan harga yang perlu saya bayar jika dibeli pada hari ini (16/11/2019). Kos penghantaran pula cuma RM4.00 sahaja berbanding sebelumnya iaitu RM4.80. Nampaknya pihak shopee juga membuat keuntungan atas angin dengan memanipulasikan kos penghantaran...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.