All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Friday 8 November 2019
DIY 8W ballast
Sebelum ini saya ada kongsikan cara-cara bagaimana membaiki ballast 8w dan anda boleh membacanya di sini.
lampu fluorescent 11w
Tidak dapat dinafikan bahawa ballast 8w memang susah didapati di pasaran dan hari ini saya kongsikan cara bagaimana membuat ballast sendiri dengan menggunakan lampu kalimantang (fluorescent) seperti di atas.
Buka dan keluarkan papan litarnya...
Saya gunakan 11w untuk percubaan dan ianya paling hampir dengan 8w. Apa
yang harus lakukan ialah buka dan keluarkan papan litarnya seperti
boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Ballast 11w...
Sambungkan papan litar tersebut kepada lampu kalimantang 8w seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah
Tested - ok
Jika lampu kalimantang tidak menyala sepenuhnya dan akan menyala selepas disentuh dengan tangan seperti klip video di bawah, anda cuma perlu gantikan kapasitor polyester yang telah saya tandakan di atas dengan 2J332J.
Mentol fluorescent 8w
Untuk pengetahuan semua, contoh yang saya buat di atas menggunakan lampu mentol yang telah rosak dan perlu dibaiki iaitu dengan menukar sebiji kapasitor polyester sahaja.
Jika anda tidak pandai membaiki, anda cuma perlu beli sebiji mentol fluorescent dan keluarkan papan litarnya. Buat sambungan seperti yang saya buat di atas.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.