Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki transformer/adapter berjenama MOTOROLA, Model: 48180090-B2 dengan masalah tiada output.
|
Jenama: Motorola |
Transformer ini membekalkan output 18v, 900mA seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk kegunaan mengecas walkie talkie.
|
Model: 48180090-B2 |
Ketika saya ukur outputnya dengan multimeter digital, ianya menunjukkan bacaan 5.63v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah namun apabila saya mengukur dengan menggunakan multimeter analog, ianya tidak menunjukkan sebarang bacaan langsung.
|
AC output: 5.63VAC |
Papan litar pada transformer tersebut hanya mengandungi 4 biji diod sahaja yang berfungsi untuk menukar arus ulang-alik (AC) ke arus terus (DC) dan tidak rosak apabila diperiksa dengan multimeter.
|
Thermal fuse putus... |
Kini yang tinggal cuma solenoid transformer sahaja dan setelah diperiksa ianya tidak putus namun terdapat dua terminal seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas tiada 'continuity'.
|
Keluarkan thermal fuse... |
Setelah dibuka, rupa-rupanya transformer ini dilengkapi dengan thermal fuse dan ianya putus. Fungsi thermal fuse pada transformer ialah untuk melindunginya jika panas melampau dan tidak semua transformer dilengkapi dengan thermal fuse.
|
Atas: Thermal fuse baru |
Apabila dibelek thermal fuse tersebut, saya tidak menjumpai sebarang label yang memberitahu berapa suhu thermal fuse tersebut. Namun nasib agak baik sebab ianya ada tercatat pada label bahagian luar transformer seperti boleh dilihat pada gambar kedua di atas iaitu 130C.
|
Gantikan thermal fuse baru... |
Setelah thermal fuse tersebut saya tukar dengan yang baru dan diuji, kini ianya kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.
|
Bungkus elok-elok.. |
Ini lah kelebihan jika kita membeli barangan yang berjenama sebab ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan boleh dibaiki. Jika transformer tersebut tidak dilengkapi dengan thermal fuse dan mengalami panas melampau, cuba bayangkan apa yang mungkin akan berlaku...
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.