Monday 8 February 2021

Baiki periuk nasi Pensonic PRC-28B

Semalam saya dirujuk sebuah periuk nasi elektrik berjemana Pensonic, model: PRC-28B dengan masalah tidak boleh memasak.

Jenama: Pensonic

Saya terlupa menguji periuk nasi tersebut dan terus membukanya untuk membuat pemeriksaan berdasarkan maklumat yang diberi oleh pemilik iaitu 'tidak masak' sahaja.

Model: PRC-28B

Gambar di bawah menunjukkan keadaan pendawaiaan pada bahagian bawah periuk nasi dan saya dapati ianya agak unik di mana thermostat (butang pada bahagian tengah periuk nasi) menggunakan magnet.

Setelah penutup bawah dibuka...

Seperti biasa benda pertama yang saya periksa ialah kabel penyambungnya dan masih elok serta fius pada plug 3-pin juga masih elok.

53Ω

Periuk nasi ini mempunyai dua elemen pemanas dengan bacaan rintangan 53Ω dan masih elok ketika saya periksa seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. 

Elemen pemanas merupakan bahagian yang paling penting dan jika putus/rosak, nasihatkan kepada pemilik supaya membeli periuk nasi baru sebab ianya tidak dapat dibaiki.

53Ω

Seterusnya saya periksa satu lagi komponen yang kelihatan seperti elemen pemanas dan boleh dilihat pada gambar di bawah dengan bacaan rintangan 30Ω. Majoriti komponen tersebut pada periuk nasi ialah untuk 'keep warm' namun periuk ini menggunakannya untuk mengurangkan arus elektrik kepada dua elemen pemanasnya setelah nasi telah masak untuk proses 'keep warm'.

30Ω

Pemeriksaan menyeluruh berakhir dengan penemuan suis thermostat yang tidak elok seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.


Fungsi suis tersebut ialah untuk menyambungkan bekalan elektrik setelah butang memasak ditekan dan akan putus ketika nasi telah masak.

Potong sekeping kertas pasir...

Suis yang elok seharusnya tidak mempunyai sebarang bacaan rintangan ketika dihidupkan dengan menggunakan multimeter. Pemeriksaan pada suis tersebut mendapati 'contact' pada kedua-dua belah suis telah teroksida dan tidak mengalirkan arus elektrik.

Lipat kertas pasir...

Cara untuk membersihkan 'contact' yang telah teroksida ialah dengan menggunakan kertas pasir. Kertas pasir harus dilipat seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gosok dengan kertas pada bahagian 'contact'...

Masukkan lipatan kertas pasir di antara kedua-dua 'contact' dan gosok bersama supaya permukaannya sama rata. Tujuannya ialah supaya tidak menghasilkan percikan api apabila 'contact' bersentuhan ketika suis dihidupkan.


Setelah 'contact' pada suis dibersihkan, uji semula 'continuity' dengan menggunakan multimeter. Bacaan rintangan seharusnya sifar (0000) seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Siap, 67Ω

Setelah berpuas hati dan tiada lagi kerosakkan ditemui, pasang kembali penutup bawah periuk nasi serta uji semula menggunakan multimeter pada terminal 'live' dan 'neutral' dengan suis memasak dihidupkan/ditekan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Periuk nasi ini telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan semula dengan hanya membersihkan suis thermostat sahaja menggunakan kertas pasir.

Tested - ok

Masalah periuk nasi ini hampir sama dengan salah satu periuk nasi yang pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.