Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki 'water heater' berjenama JOVEN, model: SA10e dengan masalah 'tidak panas'. Sebelum ini saya pernah baiki 'water heater' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
JOVEN SA10e |
Seperti biasa, saya buka dan periksa 'water heater' tersebut namun berakhir dengan tidak menemui sebarang kerosakkan komponen.
Setelah penutup dibuka... |
Seterusnya saya dapati yang tinggal cuma dua komponen di luar 'water heater' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah belum diperiksa.
ada penapis di dalamnya... |
Pada tombol kedua-dua komponen tersebut tertera perkataan 'filter' dan saya terpanggil untuk membuka serta memeriksanya.
Buka skru... |
Setelah dibuka, kelihatan ada bendasing berada di dalamnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tarik keluar penapis... |
Gambar di bawah adalah bendasing yang telah saya keluarkan dari dalam penapis (filter) tersebut.
Entah apa yang tersumbat di dalam... |
Selain daripada bendasing, kelihatan lubang-lubang penapis juga sumbat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Lubang penapis sumbat... |
Saya guna jarum halus untuk cucuk dan bersihkan lubang-lubang yang sumbat pada penapis dan gambar di bawah adalah penapis yang telah saya bersihkan.
Tak sumbat lagi... |
Selepas penapis pertama siap dibersihkan, saya buka penapis yang satu lagi dan setelah dibuka, ianya juga sumbat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Buka penutup penapis... |
Setelah kedua-dua penapis tersebut saya bersihkan dan diuji, masalah tidak panas telah selesai dan 'water heater' tersebut kembali berfungsi semula.
Keluarkan penapis... |
Anda boleh rujuk kepada klip video di bawah untuk keterangan lanjut cara-cara membuka kedua-dua penapis tersebut.
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.