Showing posts with label Warmer. Show all posts
Showing posts with label Warmer. Show all posts

Monday, 16 January 2023

CAFERINA coffee warmer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk 'coffee warmer' untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

CAFERINA RHP Decanter Warmer

Pagi ini saya dirujuk sebuah 'coffee warmer' dengan masalah bila suis dihidupkan, seluruh rumah bergelap.

Pin neutral disambung ke elemen pemanas...

Menurut pemilik, masalah asalnya ialah suisnya rosak dan dia telah digantikan dengan yang baharu.

Saya juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak termasuk suis yang ditukar oleh pemilik.

Pemeriksaan menyeluruh akhirnya menemui pendawaiaan pada suis tersalah sambung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Cara sambungan...

Suis ini dipanggil 'rocker switch' dan ianya mempunyai 3 terminal. Cara menyambungnya telah saya labelkan pada gambar di atas dan di bawah.

Cara sambungan...

Kesilapan pendawaiaan oleh pemilik ialah pada terminal berwarna perang pada suis. Pemilik telah menyambungkannya kepada elemen pemanas dan wayar hidup (L) serta neutral (N) pula disambung pada bahagian suis.

Siap...

Keterangan terperinci cara penyambungan suis ini boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Thursday, 1 December 2022

SUNNEX electric soup warmer repair

Semalam saya dirujuk 3 buah 'soup warmer' berjenama SUNNEX dan menurut pemilik, masalahnya ialah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

SUNNEX electric soup warmer...

Pemeriksaan awal mendapati dua buah hanya mengalami kerosakkan lampu indikator yang menggunakan lampu neon sahaja.

Jenama: SUNNEX

Sebuah lagi mengalami kerosakkan soket yang telah pecah pada bahagian bekalan elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

soket pecah...

Soket yang digunakan adalah sama dengan soket pada PSU komputer. Gambar di bawah menunjukkan soket telah saya gantikan dan diambil dari PSU komputer.

Gantikan soket baharu...

Sedikit ubahsuai terpaksa dilakukan iaitu dengan memotong tepi sebelah soket supaya suis boleh dipasang bersama seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

'Soup warmer' ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan soket yang telah pecah dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Saturday, 26 September 2020

Steelcraft electric coffee warmer repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'warmer' seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.

Coffee warmer

Kali ini benda yang sama namun jenama yang berlainan iaitu Steelcraft dan rekabentuknya juga berbeza tetapi konsep serta fungsinya sama iaitu untuk memanaskan minuman seperti kopi atau teh.

Jenama: Steelcraft

Masalah 'coffee warmer' ini ialah salah satu pemanasnya tidak panas. Seperti biasa saya buka pemanas yang bermasalah dan bila diperiksa, tiada 'continuity' pada elemen pemanasnya.

Buka pemanas yang rosak...

Tiada kerosakkan pendawaiaan ditemui dan fius serta suisnya masih elok ketika diperiksa menggunakan multimeter.

Keluarkan bahagian pemanasnya...

Jadi, masalahnya ialah pada elemen pemanas dan setelah dibuka, jelas kelihatan elemen pemanasnya telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Elemen pemanas putus...

Masalah elemen pemanas putus seperti ini sering berlaku dan anda cuma perlu sambung kembali seperti yang saya lakukan pada gambar di bawah.

Sambung bahagian yang putus...

Setelah di sambung kembali, periksa dengan multimeter untuk memastikan tiada bahagian lain yang putus. Jika ada 'continiuty' bila diperiksa menggunakan multimeter, bermaksud tiada yang putus lagi.

666Ω setelah disambung...

Bacaan rintangan yang saya dapat untuk elemen pemanas ini ialah 666Ω seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pasang kembali...

'Coffee warmer' tersebut telah berjaya diselamatkan setelah siap dipasang kembali serta diuji dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 23 March 2020

CAFERINA THP Decanter Warmer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki 'warmer' berjanama CAFERINA, Model: THP dengan masalah salah satunya tidak panas.
Jenama: CAFERINA
'Warmer' seperti ini biasanya digunakan untuk mengekalkan suhu minuman dan biasanya boleh dilihat dan digunakan di resturant atau khidmat katering.
Model: THP
Apabila saya buka penutup bahagian bawahnya, saya menjumpai punca kerosakkannya iaitu wayar penyambung kepada salah satu pemanasnya putus seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah.
wayar pemanas putus...
Pemanasa seperti ini boleh dibuka dan dibaiki dan caranya ialah umpilkan bahagian tepi pemanas seperti yang telah saya lakukan pada gambar di bawah.
Buka pemanasnya...
Setelah dibuka, sambungkan bahagian yang putus kembali dengan wayar. Kerja penyambungan harus dilakukan dengan berhati-hati disebabkan elemen pemanas sangat halus dan mudah putus.
Sambung wayar yang putus...
Setelah siap disambung dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya, periksa dengan multimeter untuk memastikan tiada litar pintas dan rintangan elemen pemanas yang digunakan untuk 'warmer' tersebut ialah 645Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Rintangan pemanas - 645Ω
Gambar di bawah menunjukkan wayar yang putus sebelum ini telah saya sambung dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya.
Siap...
Apaila diuji dengan membekalkan arus elektrik, ianya kembali panas dan masih boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...