Saturday 31 August 2019

APC Black-UPS 650 repair

Hari ini saya kongsikan cara mengenalpasti serta menukar bateri pada UPS yang rosak. UPS yang dimaksudkan berjenama APC dan video di atas menunjukkan serta memberitahu kita bahawa baterinya telah rosak dan harus diganti.

Model: BX650LI-MS

Apa yang harus anda lakukan untuk menukar baterinya ialah dengan membuka 4 biji skru pada bahagian bawah UPS tersebut dan lokasinya anda boleh lihat pada gambar di bawah.

Buka 4 biji skru di bawah UPS

Setelah dibuka, keluarkan bateri yang lama dan gantikan dengan bateri yang baru. Itu sahaja, mudah bukan?

Gantikan bateri baru...

Setelah siap menukar bateri, anda harus mengujinya dan pastikan buzzer di dalamnya tidak berbunyi lagi seperti yang boleh dilihat pada video di atas.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Friday 30 August 2019

SIEMENS SQN72.2A4A20BT Actuator repair

Ada kalanya kita tidak pasti apa benda yang dirujuk untuk di baiki. Kali ini saya dirujuk sesuatu yang berjenama SIEMENS buatan Jerman dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
SIEMENS SQN72 Actuator
Gambar di atas merupakan sesuatu yang saya tidak tahu kegunaannya dan pemilik memberitahu saya ianya tidak berfungsi sebab motornya tidak berpusing.
SQN72.2A4A20BT
Di pendekkan cerita saya cuba buka dan periksa dengan harapan dapat membantu pemilik untuk membaikinya.
Setelah penutup dibuka...
Gambar di atas dan di bawah merupakan pandangan di dalam setelah penutupnya dibuka.
Setelah penutup papan litar dibuka...
Setelah diperiksa dengan pandangan mata kasar sahaja kelihatan beberapa biji perintang telah berwarna hitam dan biasanya adalah akibat terlalu panas dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Litar putus...
Setelah diperiksa dengan multimeter, salah satu bahagian pada papan litar telah putus dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Bersihkan bahagian yang putus...
Apa yang saya lakukan ialah bersihkan bahagian litar yang terputus dan paterikan supaya ianya disambung kembali.
Sambung litar yang putus dgn pateri...
Setelah di periksa perintang yang telah berwarna hitam, nilainya ialah 4.6kΩ dan kesemuanya berkeadaan baik.
Nilai perintang - 4.6kΩ
Setelah siap saya serahkan kepada pemilik untuk diuji dan ianya masih boleh digunakan. Kadang-kadang kita tidak perlu tahu apa kegunaan benda yang ingin dibaiki, memadai jika mereka boleh memberitahu kita kenapa ianya tidak dapat digunakan/rosak.

Selamat mencuba...

Thursday 29 August 2019

Baiki Lampu Kecemasan (Emergency Light Repair)

Semalam saya dirujuk satu lampu kcemasan (emergency light) dengan masalah tidak menyala bila bekalan elektrik diputuskan.
Lampu kecemasan setelah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, semua komponen berkeadaan baik dan cuma bacaan voltan baterinya rendah iaitu kurang daripada 1v (voltan rechargable batteri ialah 1.2v sebiji).
1.2V, 2.0AH
Jadi saya cuba cas sahaja lampu kecemasan tersebut namun ianya masih juga gagal dihidupkan apabila bekalan elektrik diputuskan walaupun voltan bateri telah mencapai 1.2v setiap satu.

cucuk suis dengan pemutar skru baru hidup...

Pemeriksaan seterusnya mendapati bahawa salah satu suis tidak bersentuh dan apabila saya memasukkan pelaras skru seperti pada gambar di atas, lampu kecemasan terus menyala.
Masalahnya di sini...
Fungsi suis tersebut ialah untuk memutuskan bekalan elektrik jika lampu kecemasan tidak digunakan atau ketika baru dibeli, Gambar di atas menunjukkan kedudukan suis tersebut. Mari kita buka dan lihat...
Suis tidak bersentuh...
Gambar di atas menunjukkan bahagian suis yang tidak bersentuh dan gambar di bawah menunjukkan salah satu terminal telah saya keluarkan untuk proses membaiki.
Sebelum (buka salah satu kaki suis)
Apa yang saya lakukan ialah umpilkan suis tersebut supaya lebih lebar dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Selepas (umpil dengan pemutar sku)
Setelah diumpil dan berpuas hati, pasang kembali terminal tersebut dan ianya kini bersentuh seperti anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Pasang kembali (suis telah bersentuh)
Setelah suis tersebut siap dipasang ke kedudukan asalnya dan diuji, kini lampu kecemasan tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Testing...
Jika anda ingin membaiki peralatan elektrik, anda kena 'study' dulu fungsi setiap komponennya dan setelah anda faham barulah anda tahu bagaimana memeriksa serta membaikinya.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday 28 August 2019

T5 LED Tube Light repair

Lampu LED sebegini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Hari ini saya dirujuk semula benda yang sama namun masalahnya sedikit berbeza iaitu lampu LED tidak menyala terus.
Kapasitor utama rosak (10uF, 400v)
Setelah diperiksa menyeluruh, sebiji kapasitor utama 10uF, 400v rosak dan sebiji perintang 1Ω putus.
Perintang 1Ω putus...
Setelah kapasitor utama dan perintang di atas ditukar dan diuji, lampu tersebut hanya menyala kira-kira seminit sahaja dan satu letupan kecil kedengaran. Setelah dibuka semula dan kelihatan perintang yang meletup dan anda boleh lihat kesan hitam pada gambar di bawah.
Diod litar pintas & preintang 1Ω putus...
Pemeriksaan semula mendapati 2 biji diod telah mengalami litar pintas dan perintang 1Ω juga putus.
Diod telah dikeluarkan...
Dipendekkan cerita saya tukar 2 biji diod dan sebiji perintang 1Ω yang baru dan setelah diuji ianya kembali berfungsi seperti biasa.
Diod yang rosak...
Banyak pengalaman sebegini saya alami sebelum ini di mana benda yang dibaiki hanya bertahan seketika sahaja. Ini disebabkan terdapat komponen lain yang juga rosak namun ketika diperiksa ianya masih elok.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday 27 August 2019

SHARP R-228C microwave repair

Hari ini saya dirujuk sebuah ketuhar gelombang mikro berjenama SHARP, Model: R-228C dengan masalah boleh dihidupkan tetapi tidak panas.
Jenama: SHARP
Majoriti masalah ketuhar gelombang mikro ialah tidak panas dan masalah sedemikian ialah pada bahagian HV (high voltage).
Model :R-228C
Setelah dibuka dan diperiksa, 2 komponen didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
  1. HV fuse (putus)
  2. HV capacitor (bacaan terlalu rendah)
Komponen yang rosak...
Jika fius HV putus, anda harus mencari puncanya. Biasanya disebabkan oleh:-
  1. HV diode litar pintas
  2. HV capacitor litar pintas
  3. Nilai HV capacitor terlalu rendah
Bacaan kapasitor cuma 0.311uF (sepatutunya 1uF)
Gambar di atas merupakan bacaan pada HV capasitor setelah diukur iaitu cuma 0.311uF sahaja. Gambar di bawah pula menunjukkan nilai sebenar kapasitor tersebut iaitu 0.94uF.

Secara amnya nilai HV capacitor ialah kira-kira 1uF dan jika nilainya telah berkurangan melebihi 50% ianya harus ditukar.
Bisanya nilai kapasitor HV ialah 1uF
Setelah kedua-dua komponen yang rosak diganti dan diuji, ketuhar gelombang mikro tersebut masih boleh digunakan walaupun telah berusia hampir 10 tahun.
Testing...
Peringatan: Sebelum anda membuat sebarang pemeriksaan, pastikan anda 
  1. Padam dan tanggalkan plug 3-pin dari soket.
  2. Buang cas (discharge) HV capacitor.
Tested - ok
Ketuhar gelombang mikro ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang amat baik, jika anda tidak dapat menghidupkannya, anda harus buka dan tutup kembali pintunya sebelum melaras butang suhu.

Selamat mencuba...

Monday 26 August 2019

SMPS S-400-12 Power Supply repair

Semalam saya dirujuk sebuah SMPS tanpa jenama buatan China, Model: S-400-12 dengan masalah tiada output langsung.
Model: S-400-12
SMPS ini digunakan untuk menyalakan lampu neon papan tanda dan setelah dibuka apa yang jelas kelihatan adalah seperti pada gambar di bawah di mana terdapat kesan hitam akibat daripada litar pintas.
Litar terputus...
Tidak diketahui apa punca litar pintas tersebut dan setelah diperiksa menyeluruh hanya fius 6.3A putus dan litar yang telah saya tandakan pada papan litar di bawah putus.
Litar yang terputus telah dibaiki...
Saya sambungkan litar yang putus dengan menggunakan wayar tembaga dan dipateri supaya kemas dan gambaran jelas adalah seperti pada gambar di bawah.
Sambung dengan wayar dan paterikan sambungannya...
Gambar berikut merupakan kedudukan fius utama yang putus dan telah saya tukar dengan yang baru.
Fius 6.3A juta putus...
Setelah puas hati dan tiada lagi kerosakan lain dijumpai, maka saya mengujinya dan voltan output yang terhasil cuma 11.53v sahaja.
Testing...
Untuk pengetahuan anda, voltan output boleh dilaras pada potentiometer yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Sunday 25 August 2019

Robot Coupe Blixer 3 Safety Rod repair

Pengisar seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini & sini.
Robot Coupe Blixer 3
Hari ini saya dirujuk lagi sebuah pengisar tersebut dengan masalah tidak dapat dihidupkan walaupun telah dibekalkan arus elektrik. Setelah diperiksa masalahnya bukan pada pengisar tetapi pada 'safety rod' yang tidak dapat menghidupkan reed switch pada pengisar.
Safety Rod Assy
Masalahnya ialah 'safety rod' tersebut tidak cukup panjang dan magnet pada hujungnya tidak cukup dekat untuk menghidupkan reed switch pada pengisar.
Safety Rod telah dikeluarkan...
Biasanya masalah sedemikian boleh di atasi dengan menukar 'safety rod assy' yang baru. Oleh kerana pemilik meminta supaya dibaiki segera maka saya membuat sedikit ubahsuai pada 'safety rod' tersebut.
Tambah sebiji 'seal' supaya lebih panjang...
Cara mengeluarkan 'safety rod' tersebut anda boleh baca di sini. Hari ini saya cuma tunjukkan cara memanjangkan 'safety rod' tersebut sahaja.

Apa yang anda harus lakukan ialah membuka magnet tersebut daripada 'safety rod' seperti gambar di atas dan tambah/lapiskan sebiji 'seal' dengan ketebalan kira-kira 2mm
Masukkan 'seal' berwarna merah & gam elok-elok...
Kemudian gamkan elok-elok seperti boleh dilihat seperti pada gambar di atas dan setelah gam kering, pasang kembali 'safety rod assy' tersebut ke tempat asalnya.
Siap...
Setelah kesemuanya telah siap dan diuji, pengisar tersebut masih boleh digunakan seperti biasa.
Pasang kembali ke tempat asalnya...
Jika anda tidak yakin dengan ubahsuai di atas, anda terpaksa menunggu 'safety rod assy' yang baru.
Tested - ok
Selamat mencuba...