Pagi tadi saya dirujuk alat kawalan jauh berjenama SHARP untuk kegunaan penghawa dingin dengan masalah skrinya boleh dihidupkan setelah dimasukkan bateri yang baru namun ianya gagal mengawal penghawa dingin.
 |
SHARP |
Boleh dikatakan 90% kerosakkan alat kawalan jauh adalah disebabkan oleh cecair bateri yang bocor dan mengakibatkan terminal bateri berkarat atau papan litar di dalamnya terhakis.
 |
Bahagian belakang alat kawalan jauh |
Alat kawalan jauh ini amat baik dan di bahagian belakangnya tercatat cara-cara menjaga supaya ianya tahan lebih lama.
 |
Sila baca dan fahamkan... |
Salah satu yang harus diberi perhatian ialah, keluarkan bateri jika ianya tidak digunakan untuk jangkamasa yang lama. Tujuannya ialah bagi mengelakkan cecair bateri bocor dan merosakkan alat kawalan jauh tersebut.
 |
Setelah penutup belakang dibuka... |
Dipendekkan cerita, saya buka alat kawalan jauh tersebut dan ternyata bahagian dalam papan litar telah terhakis akibat cecair bateri yang bocor dan anda jugamelihatnya pada gambar di bawah.
 |
Papan tanda yang kotor akibat cecair bateri |
Jika anda mengalami masalah sedemikian, anda cuma perlu bersihkan papan litar tersebut dengan menggunakan 'contact cleaner'. Kikis dan buang bahagian yang telah teroksida sehingga bersih.
 |
Masukkan bateri setelah diselengara... |
Setelah siap dibersihkan dan diuji, alat kawalan jauh tersebut kini masih boleh digunakan dan boleh anda lihat seperti pada gambar di atas dan di bawah.
 |
Dah hidup... |
Nasihat saya dari dulu, kini dan selamanya ialah, jangan guna bateri yang tahan lasak pada alat kawalan jauh bagi mengelakkan kebocoran bateri yang boleh menyebabkan kerosakkan yang kadang-kadang mungkin tidak dapat dibaiki.
 |
Testing... |
Guna bateri murah seperti buatan china dan anda akan kerap menukar baterinya. Peluang untuk bateri murah bocor adalah tipis disebabkan anda telah menukarnya sebelum sempat bocor.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.