Wednesday 21 August 2019

Carrier aircon mainboard repair - CE-KFR32GW/I1Y(s)

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki papan litar penghawa dingin Carrier dengan nombor rujukan CE-KFR32GW/I1Y(S).
CE-KFR32GW/I1Y(S)
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah kipas (blower) tidak berputar. Papan litarnya amat mudah dan setelah diperiksa menyeluruh hanya sebiji kapasitor 1.2uF seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah harus diganti.
Kapasitor 1.2uF perlu diganti...
Saya pernah membaiki papan litar penghawa dingin berjenama YORK dengan masalah yang sama dan anda boleh membacanya di sini. Cara membaikinya juga sama iaitu menukar kapasitor sahaja.
Bacaan kapasitor lama cuma 0.145uF sahaja
Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Maaf boleh tanya multimeter yg bos guna utk cek kapasitor tu jenis apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DM6013L. Murah je, beli di Shopee. Tak perlu beli yg mahal sebab mudah rosak. Biasa rosak sbb lupa discharge kapasitor.

      Delete
  2. Boleh share cara check mainboard ni. Saya hadapai masalah yg sama. Nak cuba baiki sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masalah yang sama, tukarkan kapasitor seperti di atas. Pastikan ganti dengan nilai yang sama iaitu 1.2uF.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.