Monday 12 August 2019

JVD Minibar lighting repair

Hari ini saya berpeluang membaiki sesuatu yang amat mudah diperiksa dan dibaiki iaitu lampu di dalam minibar berjenama JVD.
Papan Litar lampu Minibar berjenama JVD
Gambar di atas adalah papan litar serta lampu LED yang digunakan di dalam minibar tersebut.
Perintang yang putus
Komponen yang biasanya rosak ialah lampu LED & perintang 20KΩ(1W) seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas yang di bawah.
Lampu LED yang rosak
Peralatan yang anda perlu untuk memeriksa ialah multimeter sahaja. Tukar komponen yang rosak dan ianya masih boleh digunakan.
Siap...
3 biji LED tersebut disambung bersiri dan sekiranya salah sebiji rosak, kesemua lampu LED tidak akan menyala.
Siap...
Sebab utama lampu LED tersebut cepat rosak/hangus ialah kerana output pada papan litar menggunakan zener diod 12V. Secara amnya voltan maxima untuk sebiji LED ialah 3v dan sepatutnya zener diod 9v sudah memadai untuk kesemua 3 biji LED tersebut.
Tested - ok
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Bro, boleh tolong repair I punye remote tv dengan aircond ke.mintak tolong. Email saya sapy_sandari@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berada di Miri, Sarawak. Hantar 'remote control' kepada saya jika perlu khidmat membaiki. Terima kasih.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.