Minggu lepas saya telah menukar 'brake pad' hadapan kereta saya dan anda boleh membacanya di
sini. Setiap kali selepas menukar 'brake pad' hadapan saya akan periksa brek belakang juga.
|
'Brake shoe' yang baru - RM50.00 |
Hari ini saya kongsikan pula cara bagaimana membuka serta memeriksa 'brake shoe' belakang. 'Brake shoe' pada gambar di atas dan di bawah telah saya beli pada tahun 2012 dan sehingga kini masih belum digunakan atas sebab setiap kali saya periksa, ianya masih elok.
|
Saya beli pada tahun 2012 (tak tukar-tukar lagi...) |
Ini merupakan kali ke-4 saya buka brek belakang kereta saya sejak di beli dan mari kita lihat samada perlu ditukar atau tidak.
|
Longgarkan 'nut' dahulu sebelum jek tayar belakang... |
Cara-cara membukanya anda boleh lihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah. Untuk makluman semua, saya tidak pernah menghantar kereta saya untuk menukar 'brake pad' sebelum ini dan kesemuanya saya buat sendiri.
|
Pilih tempat yang sesuai untuk jek tayar belakang... |
|
Setelah tayar di keluarkan... |
|
Buka penutup ini dengan pemutar skru... |
|
Setelah penutup 'nut' di buka... |
|
Buka pin keselamatan... |
|
Buka 'nut' dengan spanar cincin bersaiz 19... |
Setelah dibuka dan diperiksa, 'brake shoe' masih tebal dan tidak perlu di tukar. Walupun telah 4 kali saya menukar 'brake pad' hadapan, namun 'brake shoe' di belakang masih elok setelah 13 tahun digunakan.
|
Keluarkan 'brake drum' |
Oleh kerana telah dibuka dan 'brake shoe' masih elok, jadi saya cuma bersihkan habuk di dalamnya dan pasang kembali kesemua yang telah dibuka di atas.
|
Dah 13 tahun dan brake shoe masih boleh digunakan... |
Ada yang mengatakan bahawa brek belakang hanya berfungsi sebanyak 20% sahaja berbanding brek hadapan, jadi brek belakang hanya perlu diganti setelah brek hadapan ditukar sebanyak 5 kali. Sehingga itu, kena tunggu dalam 4 - 5 tahun lagi baru saya akan kongsikan cara menukar 'brake shoe' belakang secara menyeluruh...
|
Perbezaan 'brake shoe' lama dan baru... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.