Sunday 4 August 2019

How to Lubricate the Deck of a Treadmill

Semalam saya telah dipanggil untuk memeriksa treadmill dengan masalah tidak lancar bila digunakan. Bila saya cuba ternyata ianya berlaku sedikit henjutan ketika baru mula dihidupkan.

Setelah pemeriksaan dibuat, saya mendapati bahawa geseran di antara 'running belt' dan 'running deck' ketika treadmill digunakan terlalu tinggi sehingga boleh didengari dengan jelas.
Minyak untuk kegunaan treadmill
Masalah sedemikian biasanya disebabkan pemilik tidak memberi minyak secara berkala pada bahagian bergerak iaitu 'running belt'. Jadi hari ini saya kongsikan cara bagaimana memberi minyak (lubricating) pada treadmill.

Apa yang anda perlu ialah minyak khas untuk kegunaan treadmill dan biasanya adalah jenis minyak silikon.
Bubuh minyak pada bahagian kiri & kanan bawah 'running belt'
Caranya mudah sahaja:-
  1. Selak bahagian kiri dan kanan 'running belt', titiskan minyak khas tersebut sehingga saiz sebesar siling 50sen terbentuk.
  2. Pijak bahagian yang telah diberi minyak dan hidupkan treadmill. Anda belari setempat dengan kelajuan perlahan (2kmj) kira-kira seminit pada bahagian yang telah dititiskan minyak.
  3. Akhir sekali biarkan treadmill berjalan dengan kelajuan tinggi (10kmj) selama kira-kira 5 minit.
Pastikan anda 'minyakan' treadmill anda...
Adalah disarankan supaya kerja memberi minyak pada treadmill dilakukan 6 bulan sekali atau kira-kira setiap 180 jam digunakan. Jika treadmill tersebut digunakan untuk tujuan komersial, lakukan proses memberi minyak pada 'running belt' setiap bulan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.