Bulan lepas saya telah dirujuk sebuah mesin pembasuh berjenama SAMSUNG, Model: WA95V3 dengan masalah hampir kesemua fungsinya boleh digunakan, cuma ketika 'spin' untuk mengeringkan pakaian ianya tidak berfungsi.
 |
Jenama: SAMSUNG |
Saya telah membuka untuk cuba membaikinya namun papan litar tersebut telah disalut dengan silikon seperti yang anda boleh lihat pada gambar terakhir di bawah.
 |
Model: WA95V3 |
Tujuan papan litar tersebut disalut dengan silikon ialah supaya tidak dimasuki air yang seterusnya boleh merosakkan papan litar tersebut.
 |
Buka skru panel (2 biji saja) |
Namun oleh kerana silikon tersebut gagal saya buang untuk membuat pemeriksaan, maka jalan terakhir ialah membeli papan litar yang baru sahaja.
 |
Buka skru papan litar (4 biji) |
Setelah menukar papan litar tersebut dan diuji, mesin basuh tersebut masih boleh digunakan.
 |
Gantikan papan litar... (DC92-00297A) |
Untuk makluman semua, anda boleh mendapatkan papan litar yang baru melalui pembelian atas talian dengan harga kira-kira RM160.00 sahaja.
 |
Tested - ok |
Nombor rujukan papan litar tersebut ialah DC92-00297A
 |
Papan litar disalut dengan silicon supaya tak basah... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.