Baru-baru ini saya berpeluang membaiki sebuah TV plasma berjenama SAMSUNG, Model: PS43E451 dengan masalah ada suara tetapi tiada gambar/layar.
|
Jenama: SAMSUNG, Model: PS43E451 |
Oleh kerana TV tersebut masih mengeluarkan suara, maka masalahnya bukan pada power board. Kebiasaannya masalah tiada layar adalah disebabkan terdapat litar pintas pada papan litar YSUS atau ZSUS.
|
Setelah penutup belakang di buka... |
Gambar di atas merupakan pandangan di dalam TV plasma tersebut dan setelah diperiksa, masalahnya ialah pada papan litar YSUS.
|
YSUS board |
Gambar di atas dan di bawah pula merupakan papan litar YSUS dan komponen yang rosak telah saya tandakan pada gambar di bawah.
|
Bahagian belakang papan litar YSUS |
Anda boleh merujuk kepada datasheet Trench IGBT FGD4536 tersebut di
sini.
|
FGD4536 - litar pintas |
Ketika Trench IGBT tersebut di ukur dengan multimeter, kesemua terminalnya mengalami litar pintas. Saya juga memeriksa komponen yang berdekatan dan tiada yang didapati rosak.
|
Gantikan Trench IGBT yang rosak |
Setelah komponen rosak tersebut diganti dan diuji, masalah tiada layar telah diatasi dan masih boleh digunakan.
|
Testing |
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...
Hi sy ada masalah dengan model tv yang sama diatas..sy nampak ada componen yang terbakar... Boleh ke sy hantar dekat boss
ReplyDeleteSila, isi 'contact form' di atas (sebelah kanan).
DeleteTerima kasih.
hi ,saya ada masalah ini juga .Igbt saya didapati rosak .saya juga sudah tukar ,tapi gambar sama juga layar .boleh bantuan ?
ReplyDeleteCari lagi, mesti ada komponen lain yang rosak. Baru-baru ini saya ada baiki TV plasma tetapi model berbeza. Rujuk pautan di bawah. Mudah-mudahan ia boleh membantu anda.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/07/samsung-ps43f4000-plasma-tv-repair.html?m=1
Hi sy ada masalah dengan model tv yang sama diatas..sy nampak ada componen yang terbakar... Boleh ke sy hantar dekat boss
ReplyDeleteLokasi? Saya berada di Miri, Sarawak.
DeleteBerapakah kos untuk repair kerosakan seperti ini?
ReplyDeleteTV plasma takda keluaran lagi. Begitu juga dengan alat ganti papan litarnya juga tiada keluaran lagi. Kadang-kadang tidak berjaya di baiki. Kos membaiki terpulang kepada kos komponen serta 'labour charges' masing-masing.
Delete