Saturday 3 August 2019

How to check K2961 N-channel Transistor

Hari ini saya kongsikan cara memeriksa N-channel Transistor dengan nombor rujukan K2961 dan anda boleh merujuk kepada datasheet di sini.
K2961 (kiri: rosak, kanan:baru)
Jika dilihat pada gambar di atas, transistor di sebelah kiri rosak dan kelihatan warnanya kekuningan akibat panas melampau. Transistor tersebut saya perolehi ketika saya membaiki TV CRT dan anda boleh membacanya di sini bagaimana saya menemuinya.
Secara amnya jika diukur dengan multimeter, hanya satu keadaan sahaja multimeter menunjukkan bacaan iaitu dengan terminal +ve pada terminal drain dan terminal -ve pada gate seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Gabungan source dan drain (-ve) dengan gate (+ve)
Selain daripada itu, ada dua keadaan lagi yang menunjukkan bacaan iaitu gabungan source dan drain dengan gate seperti gambar di atas dan di bawah.
Gabungan source dan drain (+ve) dengan gate (-ve)
Dua gambar berikut diambil daripada transistor yang rosak di mana terdapat bacaan pada source dan gate.
Transistor rosak...
Untuk makluman tambahan, transistor yang rosak tersebut mengalami litar pintas pada drain dan gate.
Transistor rosak...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.