Saturday 10 August 2019

Baiki lampu LED

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara-cara membaiki LED driver dan anda boleh membacanya di sini, sini, sini & sini.
Lampu jenis LED
Hari ini kongsikan cara-cara bagaimana mengenalpasti kerosakan pada mentol LED. Gambar di atas menunjukkan salah satu jenis lampu LED 7W dengan 7 biji mentol LED disambung secara bersiri. Jika salah sebiji mentol LEDnya rosak, lampu LED tersebut akan gagal menyala.
Laraskan multimeter ke x1 atau x10
Untuk memeriksa mentol LED anda perlu laraskan multimeter ke bahagian ohm (Ω) iaitu x1 atau x10. Saya biasanya guna x10 disebabkan ketika lampu menyala, keterangannya sederhana berbanding dengan x1 yang sangat terang dan boleh merosakkan mata kita.
LED menyala jika elok...
Lampu LED akan menyala jika masih elok dan tidak menyala jika telah rosak ketika diukur dengan multimeter seperti pada gambar di atas.
Bacaan kurang dari 3v - LED masih elok
Kadang-kadang walaupun kesemua lampu LED masih elok ketika diperiksa dengan multimeter menggunakan kaedah seperti di atas, namun bila di sambung kepada LED driver ianya malap. Untuk masalah lampu sedemikian apa yang harus dilakukan ialah ukur voltan pada setiap lampu LED ketika disambung kepada LED driver.

Bacaan voltan untuk LED yang elok ialah di bawah 3v manakala jika LED rosak, bacaannya teramat tinggi seperti boleh di lihat pada gambar di bawah.
Bacaan voltan merentangi LED terlalu tinggi - LED rosak
Gantikan mentol LED yang didapati rosak dan lampu LED anda masih boleh digunakan semula.
Testing...

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.