Sunday, 11 August 2019

Bulking & Cutting in bodybuilding

BRO PERGI GYM UNTUK BINA BADAN (BODYBUILDING), KENA BUAT CUTTING ATAU BULKING DULU?

Yang mana satu dulu anda kena buat, cutting ataupun bulking? Orang yang baru mula berlatih di gym biasanya menanyakan soalan sebegini, dengan harapan mereka mendapat satu jawapan yang tetap. Cuma, ramai yang beri jawapan berbeza-beza.

Apa sebenarnya yang anda perlu lakukan ketika baru mula berjinak-jinak dengan bina badan?

Cutting ataupun bulking?

Apa Itu Cutting?

Cutting adalah satu terma yang digunakan oleh penggemar bina badan bagi satu fasa di mana anda berada dalam diet-diet dan latihan tertentu dengan tujuan untuk membakar lemak dan kelihatan lebih lean. Masa inilah yang diperlukan untuk memperjelaskan lagi bentuk-betuk otot anda, terutama sekali bahagian abs.

Apa Itu Bulking

Bulking pula adalah terma bagi satu fasa yang berlawanan dengan cutting, di mana bulking bertujuan untuk menambah berat badan, dengan sasaran berat yang ditambah adalah berat otot dan bukannya berat lemak. Cuma, ramai salah buat dengan naik berat badan secara mendadak. Kalau naik berat badan mendadak (ada yang sampai 10kg sebulan), itu sah-sah lemak!

Yang Mana Dahulu?

Bagi orang baru, mereka sebenarnya tidak perlu risau tentang terma-terma ini. Fokus mereka adalah hanya pada pemakanan yang sihat dan seimbang serta latihan asas yang betul. Kenapa mereka tidak perlu pikir pasal bulking dan cutting? Sebabnya, badan mereka masih baru dengan gym. Apa yang mereka lakukan dalam 2-3 bulan pertama ialah latihan yang konsisten.

Badan mereka akan naik otot serta bakar lemak dengan begitu mudah sekali. Tak sama dengan otai-otai yang perlukan fokus dan penelitian kepada diet serta latihan mereka untuk mendapatkan hasil. Semua bersyarat, iaitu orang baru perlulah lakukan latihan serta diet dengan betul.

Pemakanan sihat bermaksud anda makan seperti yang selalu dikongsikan dalam piramid makanan. Lebihkan yang mana, kurangkan yang mana. Paling umum sekali, anda kena kurangkan gula, garam, lemak, dan lebihkan protein.

Untuk latihan pula, anda kena banyakkan latihan kompaun seluruh badan. Ramai orang baru banyak main mesin sahaja, ikut otai pun main mesin. Mereka lain, anda lain! Fokus pada lima senaman utama; squat, bench press, deadlift, barbell row, dan overhead press.

Selamat mencuba dan semoga berjaya...

Sumber: copy & paste

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.