Friday, 30 August 2019

SIEMENS SQN72.2A4A20BT Actuator repair

Ada kalanya kita tidak pasti apa benda yang dirujuk untuk di baiki. Kali ini saya dirujuk sesuatu yang berjenama SIEMENS buatan Jerman dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
SIEMENS SQN72 Actuator
Gambar di atas merupakan sesuatu yang saya tidak tahu kegunaannya dan pemilik memberitahu saya ianya tidak berfungsi sebab motornya tidak berpusing.
SQN72.2A4A20BT
Di pendekkan cerita saya cuba buka dan periksa dengan harapan dapat membantu pemilik untuk membaikinya.
Setelah penutup dibuka...
Gambar di atas dan di bawah merupakan pandangan di dalam setelah penutupnya dibuka.
Setelah penutup papan litar dibuka...
Setelah diperiksa dengan pandangan mata kasar sahaja kelihatan beberapa biji perintang telah berwarna hitam dan biasanya adalah akibat terlalu panas dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Litar putus...
Setelah diperiksa dengan multimeter, salah satu bahagian pada papan litar telah putus dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Bersihkan bahagian yang putus...
Apa yang saya lakukan ialah bersihkan bahagian litar yang terputus dan paterikan supaya ianya disambung kembali.
Sambung litar yang putus dgn pateri...
Setelah di periksa perintang yang telah berwarna hitam, nilainya ialah 4.6kΩ dan kesemuanya berkeadaan baik.
Nilai perintang - 4.6kΩ
Setelah siap saya serahkan kepada pemilik untuk diuji dan ianya masih boleh digunakan. Kadang-kadang kita tidak perlu tahu apa kegunaan benda yang ingin dibaiki, memadai jika mereka boleh memberitahu kita kenapa ianya tidak dapat digunakan/rosak.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.