Thursday 1 August 2019

KELUAR sign repair

Hari ini saya kongsikan sesuatu yang baru iaitu papan tanda KELUAR (KELUAR sign) yang berfungsi sebagai lampu kecemasan ketika bekalan elektrik terputus (blackout). Papan tanda sebegini banyak digunakan di bangunan perniagaan serta pusat membeli belah. Ianya adalah keperluan asas yang wajib untuk mendapatkan sijil kelulusan BOMBA.
Bateri lama (Rosak)
Selain daripada mentolnya yang sering hangus, apabila tiba masanya bateri yang boleh dicas semula (rechargable batteri) harus diganti. Jika anda lihat pada gambar di atas, ianya menggunakan 3 biji bateri dengan voltan 1.2v sebiji.
Bateri baru (3.7v, 4200mAH)
Biasanya tiada yang membaikinya kerana susah mendapatkan bateri tersebut di pasaran. Sebelum ini saya menggunakan rechargable bateri yang boleh dibeli di kedai DIY dan anda boleh membacanya di sini. Namun kini kedai DIY tidak lagi menjual bateri tersebut dan bateri baru yang dijual sangat mahal serta tidak berbaloi untuk dibaiki.
Sambung ke papan litar...
Sebagai alternatif, kini saya menggunakan rechargable bateri 3.7v, 4200mAH dan saya membelinya secara online dengan harga kira-kira RM10.00 sebiji. Cara menukarnya amatlah mudah dan apa yang anda harus lakukan ialah keluarkan bateri lama dan sambungkan bateri 3.7v tersebut untuk menggantikannya.
Charging...
Voltan untuk sebiji bateri lama ialah 1.2v dan ianya disambung secara bersiri, oleh itu jumlah voltannya ialah 3.6v. Jadi, bateri tersebut amatlah sesuai dan harganya juga berpatutan untuk membaikinya.
Testing
Untuk pengetahuan semua, pastikan anda menggantikannya dengan menggunakan bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery). Jangan gunakan bateri biasa jenis pakai buang.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.