Wednesday 31 July 2019

How to check voltage regulator

Voltage regulator banyak digunakan di dalam peralatan elektronik dan terdapat bermacam-macam jenis voltage regulator yang ada di dalam pasaran.
Voltage regulator
Gambar di atas merupakan beberapa contoh voltage regulator yang biasa dijumpai pada papan litar peralatan elektronik.

Voltage regulator bertindak mengawal arus elektrik yang diperlukan di bahagian tertentu pada papan litar. Sebagai contoh, jika voltage regulator yang digunakan dengan nombor rujukan 7812 bermaksud output yang terhasil ialah 12v. Jika 7805, outputnya ialah 5v.

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana menentukan samada voltage regulator tersebut masih elok atau rosak. Jika menggunakan multimeter analog, biasanya saya periksa seperti berikut:-
  1. terminal -ve multimeter pada ground & terminal +ve multimeter pada input/output (kedua-duanya anda akan mendapat bacaan)
  2. terminal +ve multimeter pada ground & terminal -ve multimeter pada input/output (kedua-duanya tidak ada bacaan)
  3. terminal -ve multimeter pada input & terminal +ve multimeter pada output (ada bacaan tetapi sedikit sahaja berbanding dengan pemeriksaan ke-4 di bawah)
  4. terminal +ve multimeter pada input & terminal -ve multimeter pada output (ada bacaan dan jauh lebih tinggi berbanding pemeriksaan ke-3 di atas)
Sekiranya selepas anda membuat pemeriksaan 1 - 4 di atas dan mendapati salah satu tidak menepati keputusan seperti tertera di atas, voltage regulator tersebut rosak dan harus diganti.

Voltage regulator yang rosak bisanya menunjukkan bacaan litar pintas pada kesemua terminal (input/ground/output).

Anda juga boleh memeriksa voltage regulator dengan menyalurkan arus elektrik kepada input dan ukur bahagian outputnya seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah. Pastikan voltan input lebih tinggi daripada voltan output voltage regulator yang ingin diukur.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.