Hari ini saya kongsikan cara memeriksa Thyristor dengan nombor rujukan CR5AS. Anda boleh merujuk kepada datasheet Thyristor tersebut di
sini.
 |
CR5AS (Kiri: Rosak, Kanan: Baru) |
Untuk makluman, Thyristor di sebelah kiri pada gambar di atas disahkan rosak dan telah saya gantikan dengan thyristor di sebelah kanannya.
 |
1. Cathode/Gate: 10Ω |
Setelah saya bandingkan kedua-dua thyristor tersebut, berikut merupakan perbezaannya. Thyristor yang elok mempunyai bacaan apabila diukur dengan multimeter seperti pada gambar di atas dan di bawah (gambar berlabel 1 & 2)
 |
2. Anode/Gate: 60Ω |
Hanya dua kemungkinan sahaja multimeter mendapat bacaan pada thyristor yang elok iaitu kombinasi cathode/gate & Anode/gate dengan terminal -ve multimeter sentiasa di terminal gate pada thyristor.
 |
3. Cathode/Gate: 10Ω |
Thyristor yang telah rosak bila diukur dengan multimeter adalah seperti pada gambar yang berlabel 3 & 4.
 |
4. Anode/Gate: 0Ω (tiada bacaan) |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.