Encoder seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini. Hari ini saya dirujuk lagi sebuah encoder yang serupa (jenama & model) dengan masalah yang serupa.
|
Punca masalah... |
Cara membaikinya anda boleh membacanya pada artikel lepas di
sini dan apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah pada gambar berikut.
|
Tali sawat telah tersalah pasang... |
Saya rasa ada yang telah membukanya sebelum ini dan apa yang kelihatan ialah tali sawat yang telah saya labelkan 'A' dan 'B' di atas telah tersalah pasang.
|
Buka klip dulu... |
Jadi untuk membetulkan pemasangan tali sawat tersebut, anda perlu buka pin seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan mengeluarkan gear serta tali sawat yang tersalah pasang tersebut.
|
Pasangkan tali sawat yang pendek (B) dahulu... |
Pasangkan tali sawat yang pendek (B) dahulu dan kemudian barulah pasangkan tali sawat yang panjang (A). Gambar di bawah menunjukkan kedudukan sebenar kedua-dua tali sawat tersebut.
|
Pemasangan tali sawat yang betul... |
Untuk makluman tali sawat yang pendek telah saya ganti berikutan telah haus dan tidak mampu mengerakkan gear untuk menarik kad masuk serta keluar dari encoder tersebut.
|
Tali sawat pendek (B) yang rosak. |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.