All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Saturday 13 July 2019
LG Aircon Remote Control repair
Hari ini saya saya kongsikan cara bagaimana membaiki alat kawalan jauh berjenama LG untuk kegunaan penghawa dingin.
Alat kawalan jauh penghawa dingin LG
Masalah alat kawalan jauh ini ketika dirujuk kepada saya ialah tidak berfungsi dan skrin tidak menunjukkan sebarang indikator.
Setelah penutup belakang dibuka...
Setelah dibuka, apa yang kelihatan adalah seperti pada gambar di atas dan apabila telah dibersihkan keadaannya adalah seperti pada gambar di bawah. Kerosakan yang kelihatan adalah akibat daripada cecair bateri yang bocor.
Kerosakan akibat bateri yang bocor...
Setelah pembersihan siap dan diuji, alat kawalan jauh tersebut masih gagal berfungsi dan seterusnya saya membuka bahagian hadapan pula.
Setelah panel dibuka...
Pemeriksaan teliti mendapati litar pada butang 'power' telah putus seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Litar yang terputus...
Untuk membaiki litar yang putus tersebut, saya sambungkan dengan wayar halus dan dipaterikan pada papan litar. Gambar di bawah merupakan litar yang terputus telah saya sambung dengan wayar dan berbentuk huruf 'U'.
Litar telah dibaiki...
Akhirnya bila diuji, kini alat kawalan jauh tersebut kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.
Majoriti kerosakan alat kawalan jauh adalah berpunca daripada kebocoran bateri. Ini disebabkan pengguna gemar menggunakan bateri yang tahan lama dan tanpa disedari bateri telah bocor serta merosakkan alat kawalan jauh tersebut.
Nasihat saya ialah, guna bateri murah (buatan china) yang hanya bertahan beberapa bulan sahaja supaya anda kerap menukar bateri agar tiada peluang bateri bocor berlaku yang boleh merosakkan alat kawalan jauh anda.
Tested - ok
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.