Saturday 6 July 2019

MCC-1502-01 repair

Beberapa bulan yang lepas saya dirujuk sekeping papan litar untuk penghawa dingin CARRIER dengan indikator P-29-01. Saya juga tidak faham maksud nombor rujukan indikator tersebut.
Pemilik memberitahu saya bahawa nombor rujukan tersebut bermaksud papan litar tersebut bermasalah dan harus diganti.

Dipendekkan cerita saya telah cuba membaikinya dan semalam saya dirujuk sekeping lagi papan litar yang sama (bukan papan litar yang telah saya baiki dahulu) dengan masalah yang sama.

Beliau juga memberitahu saya bahawa papan litar yang telah saya baiki dahulu boleh dan telah digunakan dan meminta saya memeriksa papan litar yang baru rosak ini.
Setelah diperiksa, hanya sebiji optocoupler dengan nombor rujukan P620 didapati litar pintas pada bahagian anod dan katod. Untuk makluman saya juga menukar benda yang sama untuk papan litar yang lepas dan telah terbukti boleh digunakan semula.
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.