Monday 22 July 2019

LED Driver

Hari ini saya kongsikan sesuatu yang pengguna harus tahu ketika membeli peralatan elektrik/elektronik.
Output: 14v - 28v
Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan lampu LED kini semakin menjadi pilihan ramai kerana kemampuannya menjimatkan pengunaan elektrik.
Kapasitor pada output ialah 100v, 22uF
Setiap lampu LED akan dibekalkan sebiji 'LED driver' di mana fungsinya ialah untuk membekalkan voltan elektrik yang sesuai kepada lampu LED.
Bacaan output bila diukur: 68v
Namun 'LED driver' yang telah saya baiki ini menghasilkan output 68v berbanding 14v - 28v seperti yang tertera padanya seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Pada mulanya saya berpendapat kemungkinan voltan output tinggi disebabkan masih ada komponen lain yang rosak namun jika dilihat pada kapasitor output seperti yang boleh dilihat pada gambar ke-2 di atas iaitu 100v, saya yakin LED driver tersebut sememangnya mampu menghasilkan 68v.

Sekiranya LED driver tersebut hanya mampu menghasilkan 14v sehingga 28v, saya yakin pengeluar juga ingin menjimatkan kos dengan menggunakan kapasitor 35v atau 50v sahaja.

Jika anda menggunakan voltan yang lebih tinggi dari sepatutnya ianya akan memendekkan jangka hayat lampu LED anda.

Secara amnya, sebiji lampu LED mampu bertahan selama kira-kira 20 ribu jam atau kira-kira 2 tahun jika digunakan tanpa henti.

Jika lampu LED anda rosak dalam jangka masa yang singkat, sila periksa LED driver anda.

Nasihat saya ialah, beli peralatan elektrik/elektronik yang berkualiti dan pastikan tercatat jenama serta alamat pengeluarnya.

Adakah anda perasan bahawa LED driver yang saya kongsikan di atas tiada jenama mahupun alamat pengeluar ataupun pengedar.

Sekian, jadilah pengguna yang bijak...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.