Hari ini saya dirujuk sebuah pengering rambut (hair dryer) berjenama Philips, Model: HP8102/00 dengan masalah tidak berfungsi walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
 |
Jenama: Philips, Model: HP8102/00 |
Seperti biasa saya akan memeriksa fius pada plug 3-pin dan berkeadaan elok. Seterusnya saya periksa wayar penyambung dari plug 3-pin ke bahagian alat pengering rambut dan didapati wayar live (L) putus.
 |
Wayar putus... |
Menurut pengalaman saya membaiki alat pengering rambut, hanya dua bahagian sahaja yang sering mengalami wayar putus iaitu seperti pada gambar di atas dan di bawah.
 |
Wayar putus... |
Jika anda tanya saya bahagian mana kebarangkalian wayar putus lebih tinggi, jawapan saya ialah pada bahagian belakang alat pengering rambut iaitu seperti pada gambar ke-2 di atas.
 |
Potong & sambung kembali... |
Dipendekkan cerita saya pun dengan yakin memotong bahagian yang berdekatan dengan alat pengering rambut dan setelah diperiksa ianya tidak putus. Seterusnya saya potong pula bahagian yang berdekatan dengan plug 3-pin dan ternyata ianya putus di situ.
 |
Susun elok supaya selamat digunakan... |
Setelah kedua-dua bahagian yang telah saya potong disambung kembali dan diuji, pengering rambut tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa.
 |
Sambung dengan betul dan elok... |
Jika wayar putus, cabaran utama ialah mengenalpasti di mana bahagian wayar yang putus. Hanya pengalaman sahaja yang mengatasi segala-galanya. Jika gagal mengenalpastinya, cara paling mudah ialah gantikan dengan wayar yang baru.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.