Semalam saya dirujuk sebuah alat pemain DVD berjenama LG, Model: DP122 dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan.
 |
Jenama: LG, Model: DP122 |
Jika peralatan eletronik tidak dapat dihidupkan, masalahnya semestinya pada 'power board' yang gagal membekalkan arus eletrik untuk kegunaannya.
 |
Power board |
Setelah diperiksa 'power board' tersebut, komponen yang didapati rosak adalah seperti yang saya telah tandakan pada gambar di atas.
- 2 biji kapasitor utama 15uF, 450v
- sebiji perintang 2.2Ω/2W
 |
Kapasitor yang bocor... |
Oleh kerana kapasitor 15uF, 450v tidak mempunyai bekalan maka saya terpaksa menggunakan sebiji 33uF, 450v untuk menggantikan kedua-dua kapasitor tersebut.
 |
Komponen baru... |
Untuk makluman, perintang 2.2
Ω(2W) tersebut bertindak sebagai fius dan ianya putus akibat litar pintas daripada kapasitor yang bocor di atas.
 |
Testing |
Setelah komponen yang dijumpai rosak dan diganti serta di uji, kini alat pemain DVD tersebut kembali beroperasi seperti biasa.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
 |
3BR4765JZ |
Datasheet
3BR4765JZ.
No seri IC nya berapa ya ka, punya saya meledak
ReplyDelete3BR4765JZ
Delete