Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebiji amplifier berjenama ACOUSTIC, Model: T1200 dengan masalah, boleh dihidupkan tetapi bila disambung kepada speaker, channel 1 (CH1) tidak berfungsi malah menghasilkan bunyi berdesing yang tidak sedap didengar walaupun tiada input disambung kepadanya.
 |
Jenama: ACOUSTIC, Model: T1200 |
Tiada masalah pada channel 2 (CH2) ketika diuji dan mengikut pendengaran saya ianya normal.
 |
Setelah penutup atas dibuka... |
Oleh yang demikian, setelah dibuka, saya cuma memeriksa CH2 sahaja dan anda boleh melihat keadaan di dalamnya seperti pada gambar di atas dan di bawah.
 |
Kiri: CH1 (channel 1) & Kanan: CH2 (Channel 2) |
Pemeriksaan menyeluruh hanya menjumpai sebiji diod yang rosak dengan nombor rujukan HER205 dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
 |
Diod putus... |
Untuk makluman, diod tersebut didapati putus (open circuit) dan disambung bersiri kepada diod di sebelahnya yang juga dengan nombor rujukan HER205.
 |
Diod yang rosak telah dikeluarkan... |
 |
Diod telah diganti... |
Saya juga memeriksa komponen yang berdekatan dan tiada komponen lain yang dijumpai rosak.
 |
Diod - HER205 (400v/2A) |
Setelah diod tersebut ditukar dan diuji, kini amplifier tersebut tidak mengeluarkan bunyi yang tidak sedap didengar lagi dan mengikut pendengaran saya ianya normal dan sama seperti CH2.
 |
Tested - ok |
 |
Lampu test pen menyala bila disentuh... |
Pemeriksaan terakhir saya mendapati bahawa ketika bahagian luar di sentuh dengan test pen, lampu test pen tersebut menyala. Ini disebabkan wayar bumi tidak disambung kepada soket.
 |
Plug versi europe tidak sesuai di negara kita... |
Jika peralatan elektrik anda menggunakan plug seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas, anda harus menukarkannya kepada plug 3-pin supaya wayar bumi akan bersambung kepada soket.
 |
Cuba baca apa yang tertulis di situ... |
Memang jelas tertulis pada amplifier tersebut bahawa ianya harus disambungkan wayar bumi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
MUST BE GROUNDED ON EARTH! - ada faham? |
 |
Guna plug 3-pin ini... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.