Showing posts with label THOR. Show all posts
Showing posts with label THOR. Show all posts

Friday, 1 August 2025

THOR XT-R180 LED downlight repair

Lampu jenama THOR produk teknologi Taiwan ini sangat popular di negara kita sebab ada persepsi orang ramai mengatakan ianya lebih baik berbanding buatan China 

Taiwan technology...

Untuk pengetahuan semua, label menyatakan ianya 'Taiwan technology' seperti boleh dilihat pada gambar di atas namun label pada kotak ialah 'Made in P.R.C' (People's Republic of China)

Made in P.R.C

Masalah asal lampu LED ini ialah lampu di bahagian tengah tidak menyala melibatkan kerosakkan pada LED driver dan telah saya kongsikan di sini.

Model: XT-R190

Setelah LED driver dibaiki, lampu bahagian tengah masih juga tidak menyala sebab kesemua 60 biji lampu LEDnya telah terbakar. Pada entri lepas saya nyayakan ianya tidak dibaiki berikutan tiada alatganti (LED strip).

Lampu LED saiz 2835

Baru-baru ini saya menemui lampu LED sahaja dengan nombor rujukan 2835 (2.8mm x 3.5mm) dan harganya cuma RM1.46 untuk 100 biji.

Pastikan tidak dipasang terbalik...

Lampu LED tidak boleh dipasang terbalik sebab ada kutub positif (+ve) dan negatif (-ve) seperti telah saya labelkan pada gambar di atas.

Keluarkan semua LED rosak...

Gambar di atas menunjukkan kesemua LED rosak telah saya buka dan dan gambar di bawah pula LED baru telah siap dipasang kembali.

Gantikan lampu LED yang baru...

Untuk pengetahuan semua, saya menghabiskan lebih 2 jam untuk kerja menukar 60 biji LED tersebut.

60 biji lampu LED rosak telah ditukar...

Jika anda DIY baiki lampu sendiri, mungkin boleh jimat namun jika anda tukang baiki, berapa kos serta gaji yang anda perlu kutip dari pelanggan?

Tested - Ok

Jangan lupa kira sekali kos serta upah membaiki LED driver yang juga turut rosak.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Thursday, 30 April 2020

THOR T5 16W 4000K LED light repair

Sebelum ini saya pernah membaiki lampu LED T5 seperti ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini. Kali ini lampu LED T5 tersebut mempunyai jenama iaitu THOR seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
THOR T5 LED light
Masalah lampu LED ini ketika dirujuk kepada saya ialah ianya boleh dihidupkan namun berkelip-kelip apabila arus elektrik dibekalkan kepadanya.
Komponen yang rosak...
Dari pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah disebabkan LED driver tidak membekalkan arus eletrik yang mencukupi untuk kegunaannya. Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas iaitu:-
  1. sebiji kapasitor utama 6.8uF, 400v
  2. sebiji kapasitor output 3.3uF, 250v
Setelah kedua-dua kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, lampu tersebut tidak berkelip-kelip lagi dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...