Showing posts with label Toaster. Show all posts
Showing posts with label Toaster. Show all posts

Wednesday, 20 July 2022

Hatco toast-qwink convenyor toaster

Awal bulan ini saya telah kongsikan pengalaman membaiki sebuah toaster berjenama Hatco dan anda boleh rujuk di sini.

Hatco toast-qwink conveyor toaster

Semalam ianya dirujuk kepada saya lagi setelah kali terakhir saya baiki kira-kira 5 tahun yang lepas. Menurut pemilik, masalahnya ialah ianya akan menyebabkan seluruh rumah bergelap setelah kira-kira setengah jam beroperasi.

9.2A, 240v

"Troubleshooting' masalah sedemikian merupakan kerja yang paling susah sebab ianya pasti elok jika diperiksa sewaktu masih sejuk. Jadi, saya perlu uji sehingga berlaku bekalan elektrik terputus dan membuat pemeriksaan selepas itu.

8.7A (normal operation)

Pagi ini saya telah uji toaster tersebut dan sehingga blog ini ditulis, tiada kejadian bekalan elektrik terputus setelah berjam-jam dibiarkan beroperasi.

Bacaan 'load' toaster ini ialah kira-kira 8.7A dan 4.3A ketika butang 'power save' ditekan dan lampunya akan berkelip-kelip.

4.3A (power save mode)

Sepanjang ianya diuji, 'load' stabil pada 8.7A dan 4.3A apabila 'power save' diaktifkan.

Saya tidak menemui sebarang kerosakkan dan kemungkinan masalah bekalan elektrik pemilik terputus seletah kira-kira setengah jam digunakan adalah disebabkan 'overload' pada ELCB atau MCB.

Tuesday, 5 July 2022

Panasonic NT-GP1 pop-up toaster repair

Hari ini saya dirujuk sebuah alat pembakar roti (toasater) berjenama Panasonic, model NT-GP1 dengan masalah hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Panasonic NT-GP1 pop-up toaster

Maksud 'guna sekali sahaja' ialah ia boleh membakar roti namun setelah selesai membakar, ianya gagal berfungsi dan harus menunggu sehingga sejuk untuk membakar roti seterusnya.

Model: NT-GP1

Masalah sedemikian ialah disebabkan 'thermal switch' telah putus sebab melebihi had suhu dan hanya kembali bersambung semula setelah sejuk.

Toaster ini hanya mempunyai sekeping papan litar sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah dikeluarkan.

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar menemui sebiji kapasitor dengan nilai 470uf, 25v rosak dan telah saya gantikan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Masalah 'guna sekali sahaja' di atas adalah disebabkan 'timer' tidak berfungsi serta terus membakar roti sehingga 'thermal switch' putus akibat terlalu panas dan harus menunggu 'thermal switch' sambung kembali setelah sejuk.


 Selamat mencuba...

Saturday, 2 July 2022

Hatco toast-qwink convenyor toaster

Hari ini saya kongsikan satu pengalaman membaiki sebuah pembakar roti berjenama Hatco seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Gambar-gambar di bawah baru saya ambil semalam ketika melawat semula pemiliknya.

Pengalaman ini saya dapat beberapa tahun yang lalu dan jika tidak silap ianya saya baiki pada tahun 2017 namun tidak dikongsikan sebab belum aktif menulis blog ketika itu. 

Masalah mesin pembakar roti ini ketika dirujuk kepada saya sewaktu itu ialah ianya akan 'cut-off' setelah kira-kira 30 minit digunakan dan harus menunggu sehingga telah sejuk sebelum boleh berfungsi semula.

Menurut pemilik, beliau telah menukar banyak komponen termasuk 'thermal switch' yang menjadi punca kenapa 'cut-off' terjadi. Mesin pembakar roti ini juga telah dihantar kepada agen penjual dan mereka juga gagal menemui punca kerosakkan.

Dipendekkan cerita, pemilik telah membeli yang baharu sebelum merujuknya kepada saya untuk cuba dibaiki,

Oleh kerana hampir semua komponen telah ditukar oleh pemilik namun masalah tetap sama maka saya mulakan 'troubleshooting' pada papan litar dan ianya elok sebab masih baru. Begitu juga dengan 'thermal switch' juga elok dan bersesuaian dengan spesifikasi asalnya.

Seterusnya saya uji mesin pembakar roti ini dan ianya boleh berfungsi namun 'cut-off' selepas itu seperti telah diceritakan di atas. Ketika 'cut-off', saya dapati bahagian luarnya sangat panas jika disentuh dengan jari.

Selain daripada itu saya juga mendapati angin panas bertiup keluar dari bahagian bawah ketika diuji dan saya mula mengesyaki masalah pada 'exhaust system' atau 'cooling system' sebab ianya ada dilengkapi sebuah kipas angin di dalamnya.

Kipas tersebut dipasang pada bahagian paling bawah dan diikuti dengan papan litar. Bahagian paling atas hanya melibatkan elemen pemanas. Jadi, kipas anginnya telah menyedut udara panas dari atas dan keluar dari bahagian bawah.

Secara logik, kipas tersebut harus bertindak sebagai 'cooling system' kepada papan litar dan bukannya 'exhaust system' menyedut udara panas dari bahagian atas ke bahagian bawah.

Jadi, saya uji dengan terbalikkan pemasangan kipas tersebut supaya ia akan menyedut udara sejuk dari bawah untuk menyejukkan papan litar.

Percaya atau tidak, dengan hanya terbalikkan pemasangan kipas sahaja saya telah berjaya menyelesaikan masalah yang tidak berpenghujung sebelumnya dan ianya kembali berkhidmat tanpa masalah sehingga ke hari ini.

Kesimpulan dari pengalaman berharga di atas ialah, kita harus menggunakan pandangan logik ketika melakukan 'troubleshooting' untuk membaiki peralatan elektrik serta elektronik.

Monday, 28 March 2022

Rowlett Rutland 4ATS-161 toaster repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki alat pembakar roti (toaster) berjenama Rowlett Rutland, model: 4ATS-161 dengan masalah hanya 2 elemen pemanas sahaja yang panas.

Rowlett Rutland

Ketika saya mengujinya, hanya elemen pemanas ke-2 & ke-3 dari kiri sahaja yang merah menyala serta panas.

Model: 4ATS-161

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan elemen pemanas telah putus sebab faktor usia.

Setelah penutup bawah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan menggunakan multimeter, elemen berlabel 1, 4 & 5 tiada keterusan.

Keluarkan elemen pemanas...

Elemen pemanas seperti ini boleh dibaiki dan dengan menyambungkan bahagian yang putus sahaja.

Elemen pemanas putus...

Gambar di bawah menunjukkan elemen pemanas yang putus telah saya sambungkan kembali dengan menggunakan kaki kapasitor.

Sambung elemen pemanas yang putus...

Gambar di bawah menunjukkan nilai rintangan kelima-lima elemen pemanas setelah siap sambungkan kesemua eleman pemanas yang putus.

Rintangan setiap elemen pemanas...

Gambar di bawah pula adalah bacaan rintangan yang saya dapat di terminal L & N pada plug top selepas tombol dilaras mengikut nombor.

Periksa rintangan pada plug top...

Alat pembakar roti ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya menyambungkan kembali 3 elemen pemanas yang putus sahaja.

Selamat mencuba...

Sunday, 6 September 2020

Coca Cola CT-801 toaster repair

Beberapa minggu yang lepas saya dirujuk sebuah alat pembakar roti koleksi Coca Cola, Model: CT-801 untuk dibaiki.

Coca Cola toaster

Ianya kelihatan seperti baru dan belum pernah digunakan namun menurut pemilik, ianya hanya pernah digunakan beberapa kali sahaja namun rosak selepas itu.

Model: CT-801

Pemilik merupakan pengumpul barangan koleksi Coca cola dan setelah rosak ianya dipamerkan di dalam almari untuk beberapa tahun.

trademarks...

Masalah pembakar roti tersebut ialah pelarasnya tidak berhenti di bahagian bawah setelah ditekan namun ianya boleh panas selagi masih ditekan dengan jari.

Setelah penutup dibuka...

Maksudnya jika ingin membakar roti, perlu tekan pelarasnya secara manual dan tunggu sehingga roti siap dibakar.

Bahagian atas papan litar...

Setelah dibuka, hanya sekeping papan litar yang ringkas sahaja kelihatan dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas dan di bawah.

Bahagian bawah papan litar...

Pemeriksaan awal dengan mata kasar mendapati terdapat kesan percikan api berlaku pada suis pelaras seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Ada kesan percikan api (bahagian kiri)

Pemeriksaan menyeluruh menggunakan multimeter juga tidak menemui sebarang komponen yang didapati rosak. Hanya sebiji ic (intergerated circuit) sahaja digunakan untuk mengawal masa atau juga dikenali sebagai 'timer ic'.

CD4060BE (timer ic) rosak...

Sebiji transisitor PNP dengan nombor rujukan S8550 digunakan sebagai suis secara elektronik dan ianya elok ketika diperiksa namun tidak berfungsi bila ditekan disebabkan ianya di kawal oleh 'timer ic'. Jadi 'timer ic' yang berlabel CD4060BE gagal menjalankan fungsinya dan disyaki rosak.

Gantikan timer ic...

Tiada bekalan ic tersebut di pasaran tempatan dan saya terpaksa membelinya secara atas talian. Ianya dikirim terus dari negara tembok besar dan mengambil masa hampir 2 minggu untuk sampai.

Siap...

Setelah ic tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, alat pembakar roti tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Kerosakkan 'timer ic' tersebut adalah akibat litar pintas iaitu kesan percikan api yang boleh dilihat pada gambar ke-7 di atas.

Klip video di bawah saya ambil setelah siap menukar 'timer ic' dan menguji alat pembakar roti tersebut.

Selamat mencuba...

Saturday, 23 November 2019

Philips HD2648 slice toaster repair

Semalam saya dirujuk sebuah mesin pembakar roti berjenama PHILIPS, Model: HD2648 dengan masalah ianya tidak padam secara automatik apabila tempoh membakar telah tamat. Roti yang dibakar dah rentung namun roti tak "melompat-lompat" juga...
Jenama: Philips
Apabila saya tekan pelaras (butang berwarna hitam dengan tulisan PHILIPS) pada bahagian hadapan pembakar roti, saya dapati ianya tidak lancar ketika ditekan dan bila dilepaskan ianya terus melekat pada bahagian bawah.
Model: HD2648
Untuk makluman semua, pembakar roti ini menggunakan sistem elektromagnet dan pelaranya tidak akan berhenti di bahagian bawah jika tiada arus elektrik dibekalkan.
Setelah dibuka penutup atas...
Apabila saya buka pelarasnya, saya dapati bahawa alur yang saya tandakan di atas tidak rata (sebelah tinggi dan sebelah rendah). Percaya atau tidak, ianya diperbuat daripada plastik (mungkin plastik yang tahan panas) dan berubah bentuk akibat haba pembakar roti tersebut.
Panaskan dengan pengering rambut...
Jadi saya panaskan kembali dengan menggunakan alat pengering rambut sehingga boleh dilentur kembali kepada keadaan asal seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Tidak seragam...
Setelah siap dilentur, satu lagi masalah timbul iaitu alur pelaras menjadi tidak seragam seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Kikir bahagian yang berlebihan...
Untuk menyeragamkan alur pelaras tersebut, saya terpaksa asah menggunakan kikir pada kedua-dua alur pelaras seperti gambar di atas dan di bawah.
Buat yang sama pada sebelah kiri...
Proses mengasah dengan kikir dilakukan sehingga alur tersebut cukup lebar untuk pelarasnya bergerak dengan lancar.
Testing...

Siap...
Setelah berpuas hati dengan kelancaran pergerakan pelaras, saya pasang kembali dan diuji semula tanpa membekalkan arus elektrik. Pelaras harus kembali ke bahagian atas apabila dilepaskan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing...
Kemudian saya bekalkan arus elektrik dan tekan pelarasnya ke bawah dan kini lampu indikator berwarna kuning menyala dan ianya kekal di bawah sebab sistem eletromagnetnya telah berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 11 April 2019

Panasonic NT-GT1 oven toaster repair

Ini pengalaman kali pertama saya dirujuk sebuah oven pembakar roti berjenama Panasonic, Model: NT-GT1 untuk dibaiki. Masalahnya ialah boleh dihidupkan tetapi tidak panas.
Pandangan hadapan pembakar roti
Apa yang terlintas di kepala saya sebelum membukanya ialah kerosakan pada bahagian pemanas (filamen pemanas putus) atau 'thermal fuse' putus.
Made in China
Setelah diperiksa ternyata salah satu filamen pemanasnya putus dan thermal fius juga putus. Memandangankan ini merupakan kali pertama membaiki oven, maka saya ingin lihat bagaimana rupa filamen tersebut, kemungkinan boleh disambung balik...
Buka pemanas yang rosak
Gambar berikut merupakan pandangan pertama setelah filamen tersebut dibuka, ternyata ianya memang putus.
Putus filamennya...
Seterusnya saya mengeluarkan keseluruhan filamen tersebut dan saya berpendapat filamen tersebut boleh disambung kembali dan boleh digunakan.
Setelah di keluarkan dari tiubnya..

Bersihkan bahagian yang ingin disambung...
Seterusnya saya bersihkan bahagian filamen yang putus dengan kertas pasir dan sambung kembali dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Dah sambung balik...
Seterusnya saya juga menggantikan thermal fius yang putus. Untuk pengetahuan semua, anda tidak boleh menggunakan alat pateri (soldering iron) untuk menyambungkan thermal fius. Sebabnya, thermal fius akan putus sebelum digunakan akibat panas melampau ketika disambung menggunakan soldering iron.
Pasang balik & periksa thermal fuse
Setelah selesai menggantikan komponen serta menyambung kembali filamen pemanas, saya sempat periksa rintangan pada filamen pemanas dan gambar berikut menunjukkan bacaan rintangannya.
21.9Ω bacaan filamen atas

18.8Ω bacaan filamen bawah

39.6Ω jumlah bacaan kedua-dua filamen
Setelah berpuas hati dan pasti tiada kerosakan lagi, maka barulah saya bekalkan arus eletrik dan uji oven tersebut.
Tested - ok
Selamat mencuba...