Tuesday 28 August 2018

Baiki Lampu Kecemasan (Emergency Light Repair)

Hari ini saya kongsikan bagaimana membaiki lampu kecemasan. Lampu kecemasan kini amat popular dan boleh dikatakan majoriti pejabat, pusat membeli-belah, hotel & rumah kediaman mempunyai lampu kecemasan.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa ianya boleh dibaiki jika tidak menyala lagi ketika ketiadaan/putus bekalan eletrik. Untuk makluman semua, di dalam lampu kecemasan dibekalkan dengan bateri untuk kegunaan ketika kecemasan.

Bateri yang di gunakan bukannya bateri biasa iaitu 'pakai & buang'. Bateri yang digunakan ialah bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery). Walaupun bateri boleh dicas semula namun ianya juga mempunyai jangka hayat tertentu dan harus ditukar bila tiba waktunya.

Berikut merupakan cara bagaimana memeriksa dan memastikan bahawa bateri harus ditukar:-
Di dalam lampu kecemasan dibekalkan 3 biji bateri

Bacaan voltan setiap bateri ialah 1.2V
Bateri yang masih boleh digunakan mempunyai bacaan voltan kira-kira 1.2V seperti pada gambar di atas.
Bateri yang rosak mempunyai bacaan di bawah 1V atau -ve
Bateri yang rosak mempunyai bacaan voltan di bawah 1V atau kadang-kadang negative (-ve) seperti pada gambar di atas.
Bateri yang masih elok (1.24V)

Keluarkan bateri yang harus diganti..

1.2V, 1.0A (Bateri lama)

Bateri lama tersebut dibuat pada 19/04/2013
Walaupun tidak semua bateri rosak tetapi adalah lebih baik jika kita menukar kesemua bateri serentak supaya ia boleh bertahan lebih lama. Biasanya sebiji bateri boleh bertahan kira-kira 3 - 5 tahun.
Battery holder
Apa yang diperlukan ketika menukar bateri baru ialah 'battery holder' dan bateri boleh dicas semula. seperti pada gambar di atas & di bawah.

AMARAN/PERINGATAN: Jangan guna bateri biasa. Guna bateri yang boleh dicas semula (Rechargable battery) sahaja.
Rechargeable bateri baru (2.5A)
Untuk pengetahuan semua, bateri yang mempunyai ampere tinggi boleh menyimpan lebih banyak cas dan bertahan lebih lama. Saya menggunakan bateri 2.5A seperti pada gambar di atas berbanding dengan bateri lama cuma 1.0A sahaja.
Masukkan bateri baru ke dalam 'battery holder'

Sambungkan ke papan litar..

Kemaskan dengan mengikat bateri ke papan litar

Lampu kecemasan menyala semula...

Siap...
Selamat mencuba...

10 comments:

  1. Soalan
    Saya tukar 1 set yg baru..kenapa bilan ON main switch lampu menyala?patutnya lampu akan padam dan menyala bila blackout kan..ada silap pasang ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak kemungkinan:-
      1. Tiada ac input
      2. Fius putus
      3. Ada komponen rosak pada pcb

      Delete
    2. Soalan susulan: lampu emergency menyala walaupun main swith di on..bolehkah dibiarkan lampu emergency tu menyala tanpa perlu dibaiki?

      Delete
    3. Tak ada masalah tetapi tidak berfungsi jika bekalan elektrik putus sebab cas bateri akan habis.

      Delete
  2. Bateri asal adalah 1.2v X 3pcs. Boleh ke kalau saya tukar 3.7v X 3pcs?

    ReplyDelete
  3. Tidak boleh. Jika guna 3.7v, sebiji saja dah cukup.

    Jika nak juga guna 3 biji, sambung ketiga-tiga bateri secara selari & bukan disambung bersiri.

    ReplyDelete
  4. emergency light sebelum ni berfungsi dgn baik, namun 2 3 hari ni sy perasan led dia menyala malap, sedangkan lampu merah(cas) berfungsi.. boleh tahu apa masaalah nya yee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bateri tidak menyimpan cas lagi dan perlu diganti atau ada komponen rosak menyebabkan tidak mengecas atau kedua-duanya rosak. Lampu indikator berwarna merah menyala tidak bermaksud ianya mengecas tetapi hanya memberitahu kita ada bekalan elektrik kepada lampu kecemasan sahaja. Periksa bateri dahulu, jika bateri elok, ada sebiji kapasitor kecil 100uF, 16v rosak menyebabkan tidak mampu mengecas baterinya. Rujuk kepada pautan di bawah untuk keterangan lanjut. Selamat mencuba...
      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/11/econlite-se908-keluar-sign-repair.html

      Delete
  5. Encik, nak tanya. Ayah saya bagi Lampu Emergency yg lama; guna 2 Tubelight kecik dan pakai bateri MS 6-4.5AH. Saya berfikir nak tukar ke bateri yg ringan, tapi perform saya macam bateri asal.Kalau boleh, encik recommend yang mana. Terima kasih utuk informasi yang berilmu encik berikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jenis lama yang guna tube fluorescent besar. Kena guna bateri asal 6v, 4.5AH. Jika guna bateri biasa, sekejap cas habis.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2013/06/diy-ganti-batery-lampu-kecemasan.html

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.