Sunday 4 November 2018

SAMSUNG LA32B350F1 LCD TV repair

TV LCD kini tiada keluaran lagi dan telah diganti oleh TV LED. Namun jika TV LCD anda rosak, ianya mudah dan murah jika anda tahu membaikinya.
SAMSUNG Model: LA32B350F1
Hari ini saya kongsikan pengalam membaiki TV LCD berjenama SAMSUNG, Model: LA32B350F1.
Setelah penutup belakang dibuka...
Masalah TV LCD ini ketika dirujuk kepada saya ialah, ianya tidak dapat dihidupkan namun lampu 'standby' berwarna merah menyala.
Power board
Masalah sedemikian biasanya ialah pada 'power board' seperti pada gambar di atas. Setelah diperiksa menyeluruh, 4 biji kapasitor 1000uF, 25v perlu di ganti seperti yang di tanda pada gambar di atas.
Kapasitor yang perlu diganti 1000uF, 25V
Untuk makluman, biasanya saya akan menukar kapasitor yang nilainya telah berkurangan sebanyak 10%. Sebagai contoh kapasitor di atas ialah 1000uF. Jika nilainya dibawah 900uF anda boleh menukarnya. Biasanya jika TV tidak dapat dihidupkan, nilai kapasitor di bawah 50% iaitu di bawah 500uF.
Semua kapasitor baru...
Setelah diganti keempat-empat kapasitor tersebut & diuji, TV LCD tersebut boleh digunakan lagi..
Tested - ok
Selamat mencuba...

10 comments:

  1. Hi..
    Tv saya lampu merah nyala tak boleh..saya dah tukar kapasitor 1000uf sama 1000uf yang baru tapi boleh on jugak kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tidak faham soalan kamu. Ada lampu 'standby' sebelum tukar kapasitor tersebut? Lepas tukar kapasitor tersebut 'boleh on' atau 'tidak boleh on' atau 'standby' atau 'standby pun takda'?

      Delete
  2. tv saya xbole on langsung lampu standby pon xmenyala.. kalau saye tukar board baru (second hand) comfirm ke tv bole hidup terus? ke saye nk kena tukar kapasitor mcm tuan buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa guna multimeter, ada output tak PSU (power supply unit). Kalau takda langsung memang PSU rosak. Jika ada asas boleh periksa dan tukar komponen yg rosak. Jika tidak pandai beli board baru dan tukar.

      Semua kerosakkan berbeza, kerosakan di atas tu ada standby tapi tak dapat on.

      Delete
  3. Mana nak cari penyambung pada tcon tu.. cable flex

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari Flexible Flat Cable (FFC) di shopee, pastikan bilangan pin, panjang & saiz adalah sama.

      Delete
  4. Lampu merah tidak menyala dan tv tak boleh nak on selalunya masalah apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. PSU (power supply unit) atau ada yang panggil 'power board'. TV sekarang takda PSU, guna adapter.

      Delete
  5. Tv saya lampu menyala tapi bila touch lampu tak kelip dan tak boleh on.. boleh tau ke apa masalah nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak faham mesej anda. Kalau TV tak boleh on kena buka dan periksa baru tahu apa masalahnya.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.