Wednesday 31 August 2022

Kehilangan wang melalui e-banking

Kebelakangan ini saya banyak terbaca posting orang ramai di media sosial berkaitan dengan wang hilang dari akaun bank yang melibatkan transaksi atas talian atau e-banking.

Saya dari dulu lagi tidak berminat dengan e-banking namun terpaksa juga berurusan melalui atas talian sebab tanpa e-banking, kita ketinggalan zaman.

Urusan di atas talian mulai popular sewaktu pandemik CoVid-19 menular di seluruh dunia dan orang ramai terpaksa berkurung di rumah. Urusan membayar bill adalah transaksi yang harus dilakukan setiap bulan dan dalam masa yang sama juga terpaksa membuat pembelian melalui atas talian.

Tidak dapat dinafikan bahawa pembelian di atas talian adalah lebih murah serta mudah dan banyak pilihan berbanding pembelian di pusat membeli belah.

Jadi, kita boleh menjimatkan wang, masa serta tenaga jika berurusan di atas talian selain perlu menunggu lama untuk sampai serta barang tiruan dan sebagainya.

Persoalan sekarang ialah tahap keselamatan pengguna berurusan di atas talian sebab melibatkan wang dan tak dapat dinafikan ianya melibatkan wang tunai sebab majoriti kini menggunakan kad debit untuk berurusan.

Gambar tangkap layar di atas dan dibawah adalah dua posting terbaharu yang saya jumpa dan ia melibatkan kehilangan sejumlah wang yang besar.

Kedua-duanya melibatkan kehilangan wang atau pemindahan wang tanpa pengetahuan pemilik akaun bank dan tiada kaitan dengan pembelian atas talian.

Jadi, adakah wang anda selamat simpan di bank? Sebelum ini saya pernah kongsikan wang tidak selamat disimpan di bank di sini dan ianya cuma melibatkan yuran (fees) sahaja.

Kes kehilangan wang kini bukan kehilangan wang secara fizikal seperti dirompak atau diragut tetapi hilang secara maya tanpa disedari.

Saya ada beberapa akaun bank yang masih aktif dan kesemuanya dibuka dengan tujuan kemasukkan gaji. Dalam banyak-banyak akaun yang saya ada, cuma satu akaun sahaja saya memiliki kad ATM (kad debit) sebab ianya diberi percuma dan tiada yuran tahunan. 

Pada mulanya saya cuma guna e-banking untuk membayar bill sahaja namun kini juga menggunakannya untuk membeli belah di shopee/Lazada/AliExpress.

Transaksi yang terlibat hanya puluhan ringgit sahaja dan kadang-kadang mencecah ratusan ringgit untuk membeli alat ganti kerja-kerja membaik pulih peralatan elektrik/elektronik.

Kurangkan had transaksi harian...

Saya sebenarnya juga takut kehilangan wang secara maya melalui perkongsian orang ramai di media sosial dan setakat ini apa yang saya boleh lakukan untuk meminimakan kehilangan ialah kurangkan had (limit) transaksi harian seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Sejarah awal saya berurusan secara maya bermula dengan menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan. Seterusnya saya guna kad kredit untuk membeli makanan tambahan (supplement) di atas talian sebab harga makanan tambahan di pasaran tempatan tersangat mahal.

Apabila kad kredit mula dikenakan yuran tahunan, saya beralih kepada kad debit sehingga kini.

Saya tidak pasti bagaimana begitu banyak kes wang akaun bank hilang tanpa pengetahuan pemilik berlaku dan yang pasti ianya melibatkan tahap keselamatan peranti e-banking pihak bank atau mungkin ianya melibatkan tangan ghaib 'orang dalaman'.

Contoh kes tangan ghaib 'orang dalaman' yang pernah saya dengar ialah sewaktu berkhidmat sebagai kakitangan syarikat kewangan pada tahun 90an yang melibatkan pekerja IT syarikat bank.


Beliau yang dimaksudkan ialah Aman Shah, pekerja IT Hock Hua Bank dan apa yang dia lakukan ialah memindahkan satu sen sahaja dari setiap pemilik akaun bank tersebut ke akaunya secara maya.

Itu hanya melibatkan satu sen sahaja dan boleh menjadi jutawan. Kini kehilangan bukan satu sen namun sejumlah wang yang besar dan akan menjadi mimpi buruk kepada pemilik.

Jika ada kes kehilangan wang secara maya seperti di atas, apa yang kita boleh lakukan ialah:-

  1. Menghubungi bank serta membuat aduan kehilangan wang
  2. Membuat laporan polis
  3. Melaporkan ke bank pusat iaitu Bank Negara Malaysia 

Kata orang dulu-dulu, 'wang tiada mata' dan tidak kenal tuannya. Ianya bukan milik kita lagi jika telah terjatuh ke tangan orang lain.

Fikir-fikirkan...

Tuesday 30 August 2022

How to indentify a fake transistor (A1106)

Baru-baru ini saya telah terbeli transistor tiruan dan hari ini saya kongsikan cara-cara mengenalpastinya.

Cara yang paling mudah untuk mengetahui ianya tulen atau tiruan ialah dengan memeriksanya menggunakan alat khas memeriksa komponen seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tiruan...

Jika anda tidak mempunyai alat untuk memeriksa komponen, anda boleh memeriksa dengan menggunakan fungsi diod pada multimeter.

Tulen/asli...

Jika anda menggunakan multimeter analog:-

  1. Letak terminal merah pada B (base)
  2. Letak terminal hitam pada C (Collector) & seterusnya pindah ke E (Emitter) - Bacaan kira-kira 3/4 pada skala multimeter
  3. Periksa keterusan pada terminal C & E, pastikan tiada keterusan langsung termasuk terbalikkan terminal multimeter
A1106 pinout

Jika anda menggunakan multimeter digital:-

  1. Letak terminal hitam pada B (Base)
  2. Letak terminal merah pada C (Collector) & seterusnya pindah ke Emitter (E) - bacaannya sama seperti menukur diod iaitu kira-kira 0.3v - 0.7v
  3. Periksa keterusan pada terminal C & E, pastikan tiada keterusan langsung termasuk terbalikkan terminal multimeter

Keterangan lanjut cara-cara mengenalpasti transistor A1106 boleh ditonton pada klip video di atas.

Monday 29 August 2022

Baiki telefon yang tiada suara

Saya telah banyak dirujuk telefon dengan masalah tiada suara dan hari ini saya kongsikan cara-cara memeriksa serta membaikinya.

NEC AT-40

Telefon yang saya guna sebagai contoh hari ini berjenama NEC, model AT-40 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Buka dua biji skru...

Dari pengalaman membaiki selama ini, masalah telefon yang tiada suara adalah seperti berikut iaitu:-

  1. cabel penyambung ganggang telefon rosak
  2. speaker pada gangang telefon rosak
  3. kerosakkan komponen serta litar pada PCB

Setelah ganggang telefon dibuka...

Cara saya memeriksa telefon yang tiada suara ialah:-

  1. Periksa kabel penyambung ganggang telefon
  2. Periksa speaker ganggang telefon
  3. Jika tiada masalah pada pertama dan kedua di atas, saya akan buka telefon dan periksa papan litar
Gantikan speaker yang rosak...

Masalah telefon ini ialah disebabkan kerosakkan speaker pada ganggang telefon dan keterangan lanjut cara memeriksanya boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Sunday 28 August 2022

Mimpi bertemu Najib & Tengku Zafrul

Kira-kira sepuluh tahun yang lalu pada 07/04/2013, saya pernah kongsikan cerita kisah mimpi berjumpa dengan Najib, bekas perdana menteri yang telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun melibatkan kes pengubahan wang haram SRC pada 23/08/2022.

Dua watak dalam mimpi saya subuh tadi..

Subuh tadi saya bermimpi lagi berjumpa Najib namun kali ini bersama Tengku Zafrul dan jalan ceritanya juga ingat-ingat lupa seperti sebelumnya. Saya cuba ingat kembali kejadian mimpi tersebut namun sehingga blog ini ditulis, saya cuma ingat dua watak utama iaitu Najib & Tengku Zafrul.

Selama ini saya anggap mimpi itu cuma mainan tidur sahaja dan ianya juga adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita.

Jadi, kesimpulannya ialah kedua-dua watak tersebut wujud dalam mimpi saya sebab:-

  1. Saya mengikuti perkembangan kes perbicaraan SRC melibatkan bekas perdana menteri sehingga terbawa ke dalam mimpi 
  2. Semalam saya ada terbaca berita mengatakan bahawa belanjawan negara tahun ini akan dibentangkan oleh perdana menteri, Ismail Sabri dan bukannya menteri kewangan, Tengku Zafrul pada bulan oktober kelak (sumber)

Apa pun, saya simpan cerita mimpi ini di sini sebagai dairi pribadi untuk rujukan akan datang.

Mimpi hanya mainan tidur serta sebahagian daripada kehidupan harian kita...

Saturday 27 August 2022

Simple amplifier using D1047 & B817 transistors

Sebelum ini saya ada kongsikan pembinaan sebuah amplifier dengan menggunakan dua biji transistor iaitu C5200 & A1943 dan anda boleh rujuk di sini.

Skematik

Hari ini saya kongsikan cara membina amplifier dengan menggunakan dua biji transistor iaitu D1047 & B817 dan lebih mudah. Komponen yang diperlukan adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah:-

  1. Sebiji transistor NPN - D1047
  2. Sebiji transistor PNP - B817
  3. Sebiji perintang NPN - BC546
  4. Sebiji perintang - 1kΩ
  5. Sebiji perintang 120kΩ
  6. 2 perintang - 2.2Ω/1W
  7. 2 biji diod - 1N4148
  8. Sebiji kapasitor - 2.2uf, 50v
  9. Sebiji kapasitor - 1000uf, 50v
Komponen yang diperlukan...

Perbezaan amplifier ini dengan yang lepas ialah bekalan elektrik yang diperlukan. Amplifier ini cuma memerlukan bekalan elektrik negatif dan positif sahaja manakala amplifier lepas memerlukan -vcc, ground dan +vcc.

1. pasang perintang 1kΩ

Cara memasangnya ialah seperti berikut:-

Mula-mula pasangkan kedua-dua transistor D1047 & B817 kepada heatsink seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

  • Komponen pertama yang dipasang ialah sebiji perintang 1kΩ. Sambungkan perintang 1kΩ kepada terminal base (B) dan collector (C) pada transistor D1047.
2. Pasang diod 1N4148...
  • Komponen ke-2 yang dipasang ialah dua biji diod 1N4148 disambung bersiri seperti boleh dilihat pada gambar di atas pada terminal base (B) transistor D1047 & B817. Pastikan terminal positif dan negatif tidak disambung terbalik. Bahagian yang bertanda pada diod menghala ke transistor B817.
3. Pasang transistor BC546...
  • Komponen ke-3 yang dipasang ialah transistor BC546. Sambungkan terminal collector (C) transistor BC546 kepada terminal base (B) transistor D1047 dan sambungkan terminal emitter (E) transistor BC546 kepada terminal collector (C) transistor D1047.
4. Pasang perintang 2.2Ω...
  • Komponen ke-4 yang dipasang ialah 2 biji perintang 2.2Ω disambung bersiri dan disambung ke terminal emitter (E) transistor D1047 & B817.
5. Pasang perintang 120kΩ...
  • Komponen ke-5 yang dipasang ialah sebiji perintang 120kΩ disambung di antara terminal base (B) transistor BC546 dan penyambung di antara 2 biji perintang 2.2Ω.
Pasang kapasitor 1000uf, 50v...
  • Komponen ke-6 yang dipasang ialah sebiji kapasitor 1000uf, 50v. Sambungkan terminal positif kapasitor ke bahagian penyambung di antara 2 biji perintang 2.2Ω.
Pasang kapasitor 2.2uf, 50v...
  • Komponen terakhir yang disambung ialah sebiji kapasitor 2.2uf, 50v. Sambungkan terminal negatif ke terminal base (B) transistor BC546.
Siap...

Sambungan speaker, bekalan elektrik (power supply) dan isyarat input (input signal) adalah seperti telah saya labelkan pada gambar di atas iaitu:-

  1. Sambung wayar positif bekalan elektrik ke terminal collector (C) transistor D1047
  2. Sambung wayar positif input ke terminal positif kapasitor 2.2uf, 50v
  3. Sambung wayar positif speaker ke terminal negatif kapasitor 1000uf, 50v
  4. Sambung wayar negatif bekalan elektrik, wayar negatif speaker serta wayar negatif isyarat input bersama pada terminal collector (C) transistor B817

Bekalan elektrik yang saya gunakan pada litar di atas ialah 36vdc dari sebiji transformer 12-0-12.


 Selamat berDIY...

Friday 26 August 2022

SHARP R213CST repair (sparking microwave)

Sebelum ini saya pernah dirujuk ketuhar mikro seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

SHARP R213CST microwave

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi microwave serupa dengan masalah serupa iaitu ada percikan api apabila dihidupkan namun melibatkan kerosakkan komponen yang berbeza.

Model: R213CST

Kerosakkan microwave yang ada percikan api hanya dua sahaja iaitu:-

  1. Kerosakkan mica waveguide
  2. Kerosakkan magnetron cap
Rosak 'magnetron cap'...

Biasanya saya akan periksa 'mica waveguide' dahulu iaitu menguji microwave tanpa 'mica waveguide'. Jika tiada lagi percikan diuji tanpa 'mica waveguide' dan cuma perlu gantikannya sahaja. Jika 'mica waveguide' ada kesan terbakar, ianya harus digantikan dengan yang baharu.

Magnetron cap...

Kerosakkan kali ini melibatkan 'magnetron cap' sahaja dan ianya juga ada kesan terbakar seperti boleh dilihat perbezaannya dengan 'magnetron cap' yang baharu seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan 'magnetron cap' baharu...

Masalah microwave ini selesai setelah 'magnetron cap' telah saya gantikan dengan yang baharu. Keterangan lanjut cara-cara mengenalpasti kerosakkan boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Thursday 25 August 2022

AMANO EX3500N electronic time recoder repair

Semalam saya dirujuk sebuah mesin 'time recoder' atau dalam bahasa mudah 'punch card machine' berjenama AMANO, model EX-3500N dengan masalah gagal berfungsi apabila dimasukkan kad.

AMANO EX3500N

Menurut rekod, mesin ini dibeli pada tahun 03/09/2012 dan telah hampir 10 tahun beroperasi. Ketika saya mengujinya, masalahnya ialah kad tidak ditarik masuk. Apabila saya terbalikkan kad, ianya boleh ditarik masuk namun tidak keluar-keluar.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menenmui dua suis telah patah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Suis patah...

Saya gamkan suis ke kedudukan asal dengan menggunakan 'super glue' namun tidak tahan dan tanggal semula setelah beberapa kali dimasukkan kad.

Gam kembali switch yang patah...

Seterusnya saya cuba guna teknik 'plastic welding' pada suis tersebut dan hasilnya adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Plastic welding...

Gambar di atas menunjukkan springnya telah tersalah saya pasang dan cara yang betul memasang spring adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Tujuan spring tersebut ialah untuk mengembalikan suis ke kedudukan asal setelah kad dikeluarkan.

Pasang kembali spring...

Setelah siap dipasang kembali, masalah seterusnya ialah kad boleh ditarik masuk namun tiada cetakan dan kod E-04 terhasil seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

E-04

Saya tidak pasti apa masalahnya namun setelah saya cuba tekan sana dan sini pada setting, akhirnya ianya boleh mencetak namun kedudukannya sedikit tersasar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya berpendapat ini adalah masalah setting dan boleh dibetulkan dengan mudah jika tahu caranya.

Selamat mencuba...

Wednesday 24 August 2022

Replace speaker voice coil

Baru-baru ini saya telah kongsikan pengalaman membaiki sebuah amplifier gitar dan anda boleh rujuk di sini.

Litar pintas pada speaker (4Ω 180W)

Speaker yang rosak pada amplifier gitar tersebut telah saya gantikan dengan yang baharu dan hari ini saya kongsikan cara bagaimana membaiki speaker yang rosak.

Buka penutup tengah speaker...

Masalah speaker ini ialah litar pintas pada 'voice coil' seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas. Bacaan rintangan yang elok ialah mengikut spesifikasi speaker masing-masing.

Voice coil telah lebur...

Setelah 'voice coil' dikeluarkan, ianya jelas telah rosak dengan sebahagian gegelungnya telah terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluarkan voice coil...

Saiz 'voice coil' ini ialah 45mm dan ukuran standard ialah 44.5mm dengan kelebaran gegelung 1cm (100mm).

45mm

'Voice coil' ada dijual dan pastikan saiz serta ratingnya harus sama ketika membelinya. Harganya berubah mengikut kualiti serta saiznya.

1cm

Sebagai percubaan saya telah cuba membuat 'voice coil' sendiri dan berikut adalah cara-caranya.

Sediakan sekeping aluminium nipis...

Saya guna kepingan aluminium yang diambil dari tin minuman ringan dan potong serta bentukkan saiz voice coil seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.

saiz 45mm...

Saya gunakan 'enameled copper wire' yang sama saiz dan diambil dari motor kipas yang tidak berjaya dibaiki atau rosak untuk membuat gegelung 'voice coil' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lilit gegelung (coil)...

Untuk makluman semua, lilitan gegelung dibuat dua lapis dan saya lilitkan sedikit lebar dari asal (10mm). Tujuannya ialah supaya dapat rating sedikit tinggi dari asal iaitu 4Ω. 

4.5Ω...

Setelah siap serta diukur, bacaan rintangan ialah 4.5Ω seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan saya buka beberapa gegelung sehingga mendapat bacaan 4Ω.

Pasang voice coil baharu...

Setelah 'voice coil' siap dengan rating yang bersesuaian, pasang kembali kepada speaker dan alaskan bahagian tengah supaya ianya tidak menyentuh mana-mana bahagian magnet speaker.

Gam epoxy...

Saya gamkan 'voice coil' kepada speaker dengan menggunakan gam epoxy supaya kuat serta tahan. Setelah gam epoxy kering, keluarkan pengalas bahagian tengah dan uji speaker sebelum ditutup bahagian tengahnya.

Siap...

'Voice coil' yang saya buat sendiri berfungsi dengan elok dan klip video di bawah saya rakam ketika mengujinya.

Selamat berDIY...

Tuesday 23 August 2022

samsung UA40H5008AR LED TV repair

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah TV jenis LED berjenama samsung, model TA405008AR dengan masalah layar tidak menyala dan lampu backlight berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk TV seperti ini dan anda boleh rujuk di sini. Dua buah lagi TV serupa tidak berjaya dibaiki berikutan kerosakkan papan litar T-CON yang disambung terus ke skrin LED melalui COF (chip on film). Sebuah TV serupa dengan layar pecah juga pernah dirujuk kepada saya sebelum ini.

Model: UA40H5008AR

Ramalan awal saya kerosakkan TV ini ialah pada lampu backlight atau PSU (power supply unit). Sebelum dibuka, saya dapati ada kesan panas melampau pada penutup belakang TV dan lebur seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Setelah penutup belakang dibuka...

Gambar di atas adalah bahagian dalam setelah penutup belakang dibuka dan kesan panas melampau tersebut ialah pada papan litar PSU.

litar pintas pada mosfet D5T40P...

Pemeriksaan pada PSU mendapati sebiji mosfet dengan nombor rujukan D5T40P mengalami litar pintas dan lokasinya ialah pada bahagian bawah papan litar.

L40G0BN_ESM PSLF870G06B BN44-00754B

Oleh kerana tiada alat ganti mosfet yang rosak di tangan, saya gantikan dengan PSU yang diambil dari TV yang tidak berjaya dibaiki sebelum ini

Gantikan PSU yang baharu...

Masalah selesai setelah PSU telah saya gantikan dan ianya kembali berfungsi semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...