Tuesday 2 August 2022

EH-006CH foot massager repair

'Foot massager' ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

EH-006CH foot massager

Kali ini dia kembali dengan masalah sama iaitu hanya lampu merah sahaja menyala namun skrin indikator langsung tidak berfungsi.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, kali ini komponen yang rosak ialah sebiji kapasitor (470uf, 25v) serta sebiji voltage regulator (L7805) seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Komponen rosak...

Mesin ini masih gagal berfungsi walaupun komponen yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu.

AC12v

Seterusnya saya dapati transformer yang digunakan ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas iaitu 12vac. label pada mesin tersebut menyatakan ianya hanya memerlukan 9vdc sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

DC9V

Kerosakkan kali ini adalah disebabkan pemilik tidak menggunakan transformer asalnya. Mesin boleh berfungsi apabila saya menggunakan adapter 5v sahaja seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.