Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'air deodoriser' dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
Mark 6 air deodoriser |
'Air-deodoriser' ini buatan Australia dan anda boleh rujuk spesifikasinya di sini.
Model: Mark 6 (Mk.6) |
Pemeriksaan awal pada plug 3-pin mendapati wayar hidup berwarna coklat putus/tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Wayar hidup tanggal... |
Masalah 'air deodoriser' ini selesai setelah sambungan wayar yang putus di atas telah saya betulkan.
Setelah penutup dibuka... |
Walaupun masalah telah selesai, saya buka 'air deodoriser' ini sebab ingin tahu bagaimana ianya berfungsi.
Rintangan lampu UV |
Untuk pengetahuan semua, di dalamnya cuma dilengkapi dengan sebuah kipas angin, satu tiub lampu UV dan sebiji ballast berjenama OSRAM.
Rintangan lampu UV |
Rintangan dua filamen pada lampu UV juga berbeza iaitu 152Ω & 3Ω seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Ballast - OSRAM QT-ECO 1x18-24/220-240 |
Oleh kerana 'air deodoriser' ini menggunakan lampu UV, pastikan anda tidak melihat terus pada tiub lampu sebab boleh merbahayakan mata kita jika tidak ditutup.
Gambar di atas dan di bawah saya ambil ketika diuji dalam keadaan lampu bilik di padam dan hanya sedikit sahaja cahaya kelihatan.
Jika lampu UV untuk memeriksa duit kertas ianya berwarna ungu namun yang ini seperti berwarna hijau.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.