Thursday 4 August 2022

Mistral MTF30 12" desk fan repair

Semalam saya dirujuk sebuah kipas angin berjenama Mistral model: MTF30 dengan masalah 'hidup segan mati tak mahu' seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Kipas angin ini nampak comel sebab lain daripada yang lain seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan penyambung kakinya diperbuat daripada kayu.

Jenama: Mistral

Ia mempunyai suis di bahagian belakang dengan 3 kelajuan dan kesemua bahagian penutup kipas diperbuat daripada logam.

Model: MTF30

Kipas ini menggunakan kapasitor dengan nilai 1.2uF dan ianya masih elok ketika saya memeriksanya.

Kapasitor 1.2uF

Seterusnya saya buka kipas tersebut dan mendapati bilah kipasnya tidak bebas berputar apabila ditolak dengan jari. Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Minyakkan copper bush belakang...

Sebagai percubaan, saya minyakkan 'copper bush' yang bertindak sebagai pengandar bahagian motor dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Minyakkan copper bush hadapan...

Masalah 'hidup segan mati tak mahu' selesai setelah 'copper bush' diminyakkan tanpa perlu membuka motornya.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.