Wednesday 24 August 2022

Replace speaker voice coil

Baru-baru ini saya telah kongsikan pengalaman membaiki sebuah amplifier gitar dan anda boleh rujuk di sini.

Litar pintas pada speaker (4Ω 180W)

Speaker yang rosak pada amplifier gitar tersebut telah saya gantikan dengan yang baharu dan hari ini saya kongsikan cara bagaimana membaiki speaker yang rosak.

Buka penutup tengah speaker...

Masalah speaker ini ialah litar pintas pada 'voice coil' seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas. Bacaan rintangan yang elok ialah mengikut spesifikasi speaker masing-masing.

Voice coil telah lebur...

Setelah 'voice coil' dikeluarkan, ianya jelas telah rosak dengan sebahagian gegelungnya telah terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluarkan voice coil...

Saiz 'voice coil' ini ialah 45mm dan ukuran standard ialah 44.5mm dengan kelebaran gegelung 1cm (100mm).

45mm

'Voice coil' ada dijual dan pastikan saiz serta ratingnya harus sama ketika membelinya. Harganya berubah mengikut kualiti serta saiznya.

1cm

Sebagai percubaan saya telah cuba membuat 'voice coil' sendiri dan berikut adalah cara-caranya.

Sediakan sekeping aluminium nipis...

Saya guna kepingan aluminium yang diambil dari tin minuman ringan dan potong serta bentukkan saiz voice coil seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.

saiz 45mm...

Saya gunakan 'enameled copper wire' yang sama saiz dan diambil dari motor kipas yang tidak berjaya dibaiki atau rosak untuk membuat gegelung 'voice coil' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lilit gegelung (coil)...

Untuk makluman semua, lilitan gegelung dibuat dua lapis dan saya lilitkan sedikit lebar dari asal (10mm). Tujuannya ialah supaya dapat rating sedikit tinggi dari asal iaitu 4Ω. 

4.5Ω...

Setelah siap serta diukur, bacaan rintangan ialah 4.5Ω seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan saya buka beberapa gegelung sehingga mendapat bacaan 4Ω.

Pasang voice coil baharu...

Setelah 'voice coil' siap dengan rating yang bersesuaian, pasang kembali kepada speaker dan alaskan bahagian tengah supaya ianya tidak menyentuh mana-mana bahagian magnet speaker.

Gam epoxy...

Saya gamkan 'voice coil' kepada speaker dengan menggunakan gam epoxy supaya kuat serta tahan. Setelah gam epoxy kering, keluarkan pengalas bahagian tengah dan uji speaker sebelum ditutup bahagian tengahnya.

Siap...

'Voice coil' yang saya buat sendiri berfungsi dengan elok dan klip video di bawah saya rakam ketika mengujinya.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.