Sebelum ini saya telah kongsikan pengalaman dirujuk dua buah alat pengering rambut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan anda boleh rujuk di sini serta sini.
Leafless hair dryer...
Baru-baru ini saya ternampak alat pengering rambut serupa dalam talian namun harganya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM40 sahaja.
RM38.92
Dipendekkan cerita saya tunggu harga promosi bulanan sewaktu jualan 7/7, 8/8, 9/9, 10/10, 11/11 dan gambar di atas adalah harga yang saya bayar untuk mendapatkannya iaitu RM38.92 sahaja.
Kandungan dalam kotak...
Saya telah membuat perbandingan dan perbezaannya ialah:-
Kualiti cat bahagian luar berbeza.
Penutup penapis (filter) berbeza
Bunyi/kelajuan motor sedikit berbeza
Harga (RM400 vs RM40)
Hinson vs tanpa jenama...
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Alat pengering rambut berjenama Hinson ini telah lama dirujuk kepada saya namun gagal dibaiki sebab tidak berjaya saya buka.
Hinson Pro super hair dryer
Setelah saya dirujuk sebuah lagi alat pengering rambut tanpa jenama sebelum ini, saya akhirnya berjaya membuka bahagian pemegangnya untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Jenama: Hinson
Masalah alat pengering rambut ini ialah ia boleh berfungsi namun kipas tidak berputar berterusan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Bahagian papan litar telah saya periksa sebelum ini dan ianya elok. Hanya suis serta sebiji brushless motor sahaja berada pada bahagian pemegangnya.
Motor terletak di dalam pemegangnya...
Masalah akhirnya ditemui dan punca masalah ialah kerosakkan pada motornya.
Keterangan lanjut berkaitan brushless motor pada alat pengering rambut ini boleh ditonton pada klip video di atas dan di bawah.
Alat ganti brushless motor ini saya beli melalui dalam talian dan ratingnya ialah 220v.
Setelah motor dikeluarkan...
Masalah selesai setelah brushless motor telah saya gantikan dengan yang baru.
Hari ini saya dirujuk sebuah alat pengering rambut tanpa label seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dengan masalah gagal berfungsi.
High-speed blameless ionic hair dryer
Gambar di bawah adalah keadaan alat pengering rambut setelah dibuka dan saya terpaksa membuka sambungan motor ke papan litar sebab bahagian pemegangnya gagaldibuka.
Setelah dibuka...
Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah ianya dilengkapi dengan 'negatif ion generator module' dengan nombor rujukan GFA-223M dan berfungsi sebagai 'ionizer'.
GFA-223M - Negative Ion Generator Module
Pemeriksaan awal dengan mata kasar mendapati litar yang disambung ke 'rectifier' putus dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Litar putus...
Alat pengering rambut ini masih juga gagal berfungsi setelah litar yang putus telah saya sambungkan kembali.
Pateri litar yang putus...
Pemeriksaan seterusnya menggunakan multimeter mendapati tiada keterusan pada salah satu terminal 'rectifier' disebabkan 'cold solder joint'.
Cold solder joint...
Masalah selesai setelah 'cold solder joint' tersebut telah saya pateri semula menggunakan timah.
Pateri semula 'cold solder joint'...
Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji alat pengering rambut tersebut dan semua berfungsi dengan normal.
Sebelum ini saya peenah kongsikan beberapa alat pengering rambut seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini, sini dan sini.
Hari ini saya dirujuk sebuah alat pengering rambut dengan label, Quick 2000 professional, model Q-2000 dan masalahnya seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
Masalah sedemikian merupakan pengalaman pertama dan kemungkinan besar adalah disebabkan kehabisan 'carbon brush' pada motor.
Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, jelas kelihatan salah satu 'carbon brush' bermasalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Gambar di bawah menunjukkan salah satu 'carbon brush' hanya tinggal sedikit sahaja setelah dikeluarkan dari motor kipas.
Untuk makluman semua, saya terpaksa potong 'carbon brush' biasa dan diasah sehingga saiznya sama dengan 'carbon brush' asal berikutan tiada alat ganti di pasaran tempatan.
Cara memasang kembali boleh ditonton pada klip video di bawah.
Alat pengering rambut ini berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan satu 'carbon brush' sahaja.
Awal bulan ini saya dirujuk sebuah alat mengerinting rambut berjenama dyson untuk dibuat pemeriksaan serta menentukan statusnya.
dyson airwarp multi-styler
Alat ini milik pelanggan sebuah pusat penginapan (hotel) mengadu rosak setelah digunakan dan meminta pampasan. Menurut pemilik, kali terakhir digunakan dia hanya menyedari bermasalah setelah terhidu bau hangus.
1300W - Made in Malaysia
Saya juga diberitahu plug 3-pin (plugtop) serta soket lebur setelah digunakan serta disambung kepada soket pusat penginapan tersebut.
Kelulusan SIRIM
Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang kerosakkan pada alat mengerinting rambut tersebut selain terminal pada pin wayar hidup sahaja dengan kesan plastik yang lebur seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah.
Ada kesan lebur pada pin L (Live)
Selain kesan plastik lebur pada pin L, saya juga menemui ada kesan percikan api berlaku pada salah satu bahagian pin tersebut.
Penyalut plastik lebur...
Setelah plastik yang lebur telah saya potong/buang, saya dapati semuanya masih elok termasuk fius yang digunakan iaitu 13A.
Ada kesan percikan api (spark)
Saya juga telah menguji alat mengerinting rambut tersebut selama kira-kira 15 minit tanpa henti tanpa sebarang masalah.
Kesimpulan dari pemeriksaan di atas, kemungkinan masalah pin plugtop serta soket lebur adalah disebabkan:-
plugtop tidak dipasang ketat kepada soket sewaktu digunakan
percikan api yang berpunca dari masalah soket pusat penginapan
plugtop memang telah ada kesan lebur di tempat lain sebelumnya
Saya pasti, kesan plugtop yang hanya lebur pada satu pin sahaja di atas bukan berpunca daripada akibat terlebih bebanan (overload).
Biasanya jika berlaku percikan api akan ada bunyi kedengaran tetapi pemilik tidak mendengarnya sebab bunyi motor alat mengerinting rambut itu jauh lebih nyaring serta berfrekuensi tinggi seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
Saya telah mencadangkan kepada pusat penginapan bahawa jika pemilik berkeras meminta pampasan, penyelesai menang-menang ialah dengan membeli alat pengerinting rambut tersebut dari pemilik dan boleh diletak di bilik penginapan khas (VIP) mereka.
Alat mengerinting tersebut berfungsi normal setelah plastik yang lebur telah saya potong/buang dan kesan percikan api juga telah saya bersihkan pada plugtop asal.
Sebelum ini saya pernah dirujuk alat pengering rambut seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
Setelah penutup dibuka...
Masalah alat pengering rambut ini ialah kipas tidak berpusing namun elemen pemanas merah menyala apabila suis dihidupkan.
Buka kipas...
Pemeriksaan awal pada fius, suis, element pemanas serta diod yang mengawal kelajuan kipas semuanya elok.
Buka pemegang motor...
Seterusnya saya buka motor kipas dan mendapati sebiji diod dengan yang label 1N4007 putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Diod 1N4007 terbakar...
Setelah diod 1N4007 yang terbakar telah saya gantikan dengan yang baharu serta diuji, kipas boleh berpusing namun perlahan dan menyebabkan elemen pemanas juga merah menyala.
Gantikan diod 1N4007 yang baharu...
Masalah motor berpusing perlahan adalah disebabkan motor telah rosak dan perlu ditukar atau dibaiki. Motor yang digunakan berlabel HC385S dan telah saya gantikan dengan RC-385 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Gantikan motor yang baharu...
Alat pengering rambut ini telah berjaya diselamatkan dan ianya masih boleh digunakan semula setelah motornya telah saya gantikan dengan yang baharu selain menukarkan sebiji diod 1N4007.
Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah alat pengering rambut berjenama PHILIPS, model: HP8112/03 dengan masalah boleh panas namun kipas tidak berputar.
PHILIPS HP8112/03
Sebelum ini saya pernah dirujuk alat pengering rambut dengan masalah kipas tidak berfungsi dan anda boleh rujuk di sini dan sini.
Setelah dibuka...
Dari pengalaman lepas masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakkan diod atau elemen pemanas putus.
Elemen pemanas putus...
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, kerosakkannya adalah disebabkan elemen pemanas putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Sambung element penamas...
Cara untuk membaikinya ialah sambungkan kembali elemen pemanas yang putus dan ianya masih boleh digunakan semula.
suis...
Alat pengering rambut ini sedikit berbeza dengan yang pernah saya baiki sebelum ini dan ianya ada fungsi tambahan iaitu kipas sahaja (fan/cold) dan tidak panas seperti telah saya labelkan pada gambar di atas.
Pagi ini saya dirujuk sebuah alat pengering rambut berjenama PHILIPS, model HP4823/00 dengan masalah tidak berfungsi apabila dilaras ke kelajuan tinggi (no. 2).
PHILIPS HP4823/00
Pemeriksaan keterusan pada plug top mendapati tiada keterusan setelah dilaras ke no. 2.
Setelah penutup dibuka...
Bentuk fizikal luaran alat pengering rambut ini juga telah 'out of shape' sebab pernah mengalami panas melampau (overheating).
Lubang suis 'out of shape'...
Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati punca tiada keterusan apabila dilaras ke no. 2 ialah disebabkan suis gagal ditolak sepenuhnya ke atas akibat daripada lubang suis yang juga telah 'out of shape' seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Setelah lubang suis telah di kikis...
Apa yang saya lakukan ialah kikis lubang suis sehingga bentuknya kembali seperti asal dan boleh dilihat pada gambar di atas.
Masalah tidak berfungsi setelah dilaras ke no. 2 selesai setelah lubang suisnya telah saya kikis dan ianya masih boleh digunakan semula.